sila klik untuk besarkan |
Siang tadi adalah admin fan page ni keluarkan status 'contoh mahasiswa tak pondan' dengan ber'link'kan blog tersebut. Aku ni sebagai umat yang penuh dengan curiosity pun telah masuk sambil memberikan komen. Sebelum tu aku riki dulu ape isi kandungan blog tersebut, memang sadis demonstrasi pelajar-pelajar kat LUAR NEGARA sana, slumber redah dengan sepanduk, signboard, bendera-bendera, bakar-bakar, hanya disebabkan yuran perngajian mereka dinaikkan. Kadang-kadang aku pelik jugak, diorang ni bayar sendiri ke yuran tu? Mak bapak diorang tak sponsor ke macam rata-rata masyarakat di Malaysia ni? Memang kalau tengok kat gambar laporan tersangat sadistiko! Link blog itu di SINI dan antara contoh link berita demo adalah di SINI dan SINI.
Berbanding dengan kebanyakan negara luar, di Malaysia telah diadakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 1995. Wujudnya akta ini pada awalnya iaitu pada tahun 1971 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Tetapi selepas pindaan pada tahun 1975 dan kemudian 1995, telah dimasukkan beberapa seksyen-seksyen baru yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 yang kekal sehingga kini ialah; menghalang penglibatan pelajar dalam parti politik dan kesatuan sekerja, serta menghalang dari penggabungan di antara badan-badan pelajar. (rujukan: wikipedia). Secara amnya, En. Mahathir Mohamad mengusulkan pindaan tersebut adalah kerana pelajar melayu dan bumiputera tidak berapa cemerlang di IPT lantaran terlalu bergiat aktif dalam politik. Tetapi kalau difikirkan dari aspek pembentukan minda demokrasi generasi muda, ini adalah jelas membataskan mereka. AUKU kini menjadi satu taboo bagi kebanyakan mahasiswa di universiti, kebanyakannya memberi alasan seperti:
Nampak tak apa yang sedang berlaku dengan minda pelajar sekarang? AUKU tu disifatkan sebagai ISA dalam dunia pelajar. Kalau tangkap berdemo mesti kena buang, sedangkan ramai yang tidak tahu bahawa proses untuk pengadilan bagi akta-akta dibawah AUKU bukan begitu. Dan dapat kita lihat bagaimana pandangan generasi akan datang terhadap AUKU, terlalu takut sedangkan mereka tak sedar bahawa mereka sedang disekularkan oleh sistem pembelajaran yang dibawa sekarang. Aku sesungguhnya tidakkan terkejut kalau produk-produk IPTA sekarang ini apabila keluar nanti akan mengalunkan irama mengasingkan agama dan politik pula, kerana penerapan terhadap pengasingan itu dah boleh nampak dengan jelas pada waktu ini. Selain itu, pendidikan oleh AUKU ini sebenarnya menghalang perkembangan minda demokrasi generasi. Daripada pendidikan sosio-politik yang terjadi dalam negara sendirilah sepatutnya generasi yang masih lagi dalam kategori 'rebung' boleh mendapatkan contoh, kesimpulan, akibat, impak dan sebagainya yang terbaik bagi persediaan mereka untuk menerajui kerajaan di masa hadapan. Tetapi kini mereka terus dijumudkan dengan adanya AUKU.
Ehehe. Kepada mereka-mereka yang berdebat dengan aku tadi tu mintak maaflah, korang tu masih adik-adik lagi. Aku tak paksa korang berdemo pun, lagipun sebenarnya mereka ni dah tersalah tafsir. Biasalah budak-budak baru nak menyusu, nak buat camana, kan? Admin fanpage tu bagi contoh lain, dalam blog pun cerita mahasiswa negara luar, yang mereka ni pulak berdegar-degar bercerita pasal demo bantah kenaikan harga oleh mahasiswa lepas solat jumaat tadi. Itu la yang aku kata, budak-budak nak buat camno? Lagipun bantah kenaikan harga barangan tu kan jauh berbeza dengan bantahan politik. Haha. Bab itu bukan sekular, ingat tu. Dan aku pun tak terkejut la sebab diorang ni terlalu kecut telur dengan AUKU sebab memang kerajaan pun canangkan AUKU ni ibarat ISA bagi pelajar. 'Takpe, dik. Dah abis belajar nanti korang kasi perasap telur balik yang kecut tu jadi kembang. Tapi jangan lepas belajar pun kecut lagi sebab ISA pulak.'
No comments:
Post a Comment