Thursday, December 16, 2010

Natural Justice

I GOT tumblr YO!
Anwar and 3 others banned for six months - malaysiakini


The Dewan Rakyat approved a motion today suspending Opposition Leader Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) for six months over his statement linking the 1Malaysia concept with the "One Israel" campaign. (cerita panjang di SINI)


taken from Malaysiakini.com
Natural Justice jika ditakrifkan secara mudah ialah pemberian hak kepada suatu pengadilan mengikut prosedur-prosedur tertentu. Sebagai contoh sekiranya seseorang itu dikenakan suatu tuduhan, terdapatnya hak untuk beliau menjawab pertuduhan tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti (sekiranya ada), kemudian diperdengarkan oleh suatu lembaga pengadilan (hakim, juri, bla bla bla), dan barulah diputuskan keputusan terhadap pertuduhan tersebut. Namun dewasa ini situasi bias atau berat sebelah sering terjadi dalam memutuskan suatu keputusan pertuduhan, contohnya seperti apa yang berlaku di dalam parlimen malaysia hari ini. Pihak yang dituduh membangkitkan soal keadilan di mana tiada ruang pembelaan diberikan sementelah yang mengetuai dewan menggunakan kuasa bagi menentukan keputusan tersebut. Ini adalah jelas bercanggah dengan konsep Natural Justice dan sedikit sebanyak kemuliaan dewan tersebut tercalar dengan sikap sebegitu.


Istilah Kangaroo Court menurut kamus wikipedia adalah merujuk kepada suatu keadaan pengadilan di mana pengesahan pertuduhan akan dibuat samada melalui proses memanipulasi prosedur ataupun menghalang pembelaan. Dalam Kangaroo Court / Kangaroo Trial pihak tertuduh akan didapati bersalah walau dengan apa cara sekalipun. Gelaran kangaroo digunakan bagi menggambarkan bagaimana suatu penghakiman itu dibuat dengan 'melompat' semua prosedur pembelaan dan terus kepada keputusan pertuduhan. Jadi segala proses pembelaan, pendakwaan, bukti-bukti, dan lain-lain akan dilompat dan tidak dihiraukan. Ini adalah jelas bercanggah dengan konsep keadilan sebenar. Jika hal sebegini diamalkan, semua jenis mahkamah, semua jenis peguam mahupun juri, adalah dilihat sebagai boneka semata-mata. Keadaan ini boleh mencemar imej suatu negara, sistem keadilannya, dan juga kredibitili pemerintah dalam memberikan hak terhadap semua pihak.


Martin Luther King
Dalam mengharungi situasi globalisasi dan politik yang kian meruncing, pemberian hak dalam pengadilan adalah tidak mustahil dapat membersihkan imej suatu negara. Dalam Islam, adil diterjemahkan sebagai meletakkan sesuatu betul pada tempatnya, dan tidak mustahil takrifan itu adalah universal dan boleh digunapakai dalam semua bahasa mahupun agama. Dan dalam situasi penghakiman, maksud adil itu ialah memberi ruang bagi meneruskan suatu perbicaraan/pertuduhan mengikut prosedur yang betul, tanpa melangkaui atau melompat mana-mana bahagian. Tidak seharusnya terjadi jatuh hukuman tanpa bicara. Tidak seharusnya terjadi jatuh hukuman tanpa pembelaan. Dan tidak sepatutnya terjadi keadaan sebegitu dalam sebuah dewan yang mana hala tuju sesebuah negara dibentuk. Dalam situasi sebegini, pihak penghakiman sepatutnya bersifat neutral dan tambahan pula pendengaran bagi pembelaan adalah suatu yang normal, tidak harus dilangkau-langkau. Seandainya pihak yang memberi tuduhan risau akan gugurnya tuduhan tersebut, sekurang-kurangnya biarkan sistem pegadilan berlaku seperti biasa. Dan sekiranya sistem pengadilan berlaku seperti biasa dan pertuduhan tersebut digugurkan sekurang-kurangnya pihak yang mendengar dari luar akan tetap memberikan penghormatan kerana pengadilan dijalankan mengikut prosedur yang betul. Ini yang seharusnya dilakukan dalam semua sistem pengadilan di muka bumi ini. Namun, banyak yang lebih mementingkan ego daripada penghormatan. Lantaran menjaga ego, rasa hormat terpijak oleh perilaku sendiri.

No comments: