Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber. Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Harga petrol RON 97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter.
Sementara itu, selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno, malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kenaikan harga petrol RON97 yang kini
tidak lagi diberikan subsidi oleh kerajaan, adalah berdasarkan kepada harga semasa pasaran dunia dan bukan ditetapkan oleh kerajaan.
"RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan, (iaitu) kalau ada kenaikan (harga) disebabkan harga minyak itu naik dan kalau ada penurunan adalah disebabkan harga minyak turun," katanya.- sumber : Malaysiakini
tidak lagi diberikan subsidi oleh kerajaan, adalah berdasarkan kepada harga semasa pasaran dunia dan bukan ditetapkan oleh kerajaan.
"RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan, (iaitu) kalau ada kenaikan (harga) disebabkan harga minyak itu naik dan kalau ada penurunan adalah disebabkan harga minyak turun," katanya.- sumber : Malaysiakini
...::: itu berita dah lepas :::...
Minggu lepas aku dan keluarga balik Ipoh sebab adik aku konvo kat Seri Iskandar. Bila balik dari Ipoh cuma tinggal aku, mama dan abah sebab adik-adik tinggal di rumah opah sementara menunggu Hari Keluarga hujung minggu ini. Dalam perjalanan balik, abah cakap kat mama dia baru mula cuba minyak Shell V-Power Racing, terasa ada kelainan yang agak jelas. Aku buat endah tak endah.
Malam kelmarin aku pergi ke KLIA untuk menjemput Pak Andak sekeluarga yang baru tiba dari Sabah. Sudah menjadi kebiasaan aku untuk kesekian kalinya setiap kali mereka pulang. Ketibaan dijangka pada jam 8.00pm dan aku hanya melangkah keluar rumah 30 minit dari waktu itu, bermakna aku harus memecut ke KLIA bagi mengelakkan pakcikku sekeluarga itu menunggu terlalu lama. Sepanjang perjalanan dari rumah sampai ke Seremban aku masih tidak perasan sebarang kelainan kerana aku tidak teringat pun butir maklumat perbualan mama dan abah tempohari. Namun bila melepasi kawasan Kampung Jijan, aku baru teringat akan cerita itu. Sungguh kataku, terasa benar lainnya tatkala Mercedes Benz E280 itu kupandu. Bunyi enjin agak perlahan dari sebelumnya dan aku tahu ini bukan kerana abah servis kereta kerana batuan perjalanan masih lagi jauh dari waktunya. Apabila memecut juga terasa lebih lancar dari biasa. Mungkin ada benarnya kata-kata abah itu.
RON 95...RON 97...
Bahan api diklasifikasikan melalui taraf oktana yang merupakan satu pengukuran bagi ketahanan (resistance) bahan api itu terhadap ketukan enjin (engine knocking) Ketukan enjin terjadi apabila campuran minyak dan udara terbakar di dalam silinder dengan sempurna oleh percikan daripada palam pencucuh, dan ada sedikit campuran itu yang meletus luar daripada ruangan pembakaran. Tidak dinafikan bahawa ketukan enjin boleh memberi kesan buruk kepada enjin dalam jangka waktu yang panjang. Kebanyakan kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas masih selamat menggunakan minyak dengan kadar oktana yang rendah tetapi akan lebih ekonomi dengan minyak beroktana tinggi. Klasifikasi taraf oktana terbahagi kepada 3; Research Octane Number (RON), Motor Octane Number (MON), dan Anti-Knock Index (AKI), tetapi kebanyakan negara di dunia menggunakan RON sebagai klasifikasi minyak. Tutup cerita MON dan AKI, penumpuan lebih kepada RON seperti yang digunakan di negara kita Malaysia.
Di Malaysia, minyak RON 95 merupakan minyak penyelamat nyawa rakyat Malaysia yang paling popular diabad ini. Kalau dahulu ada terjual minyak RON 92, namun kini semuanya diganti dengan RON 95 dan pencabar mewahnya, RON 97. Penarikan / pemotongan subsidi 5-in-1 oleh pihak kerajaan yang terbaru turut melibatkan bahan api berlabel RON 95 ini yang kini masih pada kadar RM 1.85/ liter. Dan baru-baru ini, dalam jangka masa beberapa minggu sahaja pihak kerajaan menaikkan pula RON 97 secara senyap-senyap, dan sekali lagi dinaikkan beberapa hari yang lepas sehingga akhirnya RON 97 dimaharkan pada kadar RM 2.30/ liter. Muhd Najib bin Abdul Razak memberi alasan bahawa harga RON 97 adalah bukan ditetapkan oleh kerajaan dan terkongkong oleh harga pasaran minyak dunia, oleh itu kenaikan harga minyak di Malaysia diletakkan salahnya kepada tong minyak dunia.
Dalam mengikuti perkembangan turun naik harga minyak di Malaysia ini, pemikiran aku terganggu dengan pertembungan RON 95 dan RON 97. Kalau Muhd Najib memberi alasan RON 95 tidak naik kerana dikawal oleh kerajaan, apakah minyak tersebut tidak diganggu oleh naik turun harga minyak dunia? Muhd Najib mengatakan bahawa RON 97 tidak ditetapkan oleh kerajaan dan diapung mengikut pasaran minyak dunia, jadi apakah ini bermakna kerajaan langsung tidak ada kuasa (mahupun dana) untuk mengusik harga tersebut? Kalau dikatakan kerajaan langsung tiada kuasa untuk menyentuh harga tersebut, jadi siapakah yang berkepentingan dalam Malaysia yang membawa masuk RON 97? Dan persoalan utamanya ialah, kenapa diwujudkan RON 95 dan RON 97? Kenapa tidak disatukan sahaja pilihan supaya hanya tinggal RON 97, diesel dan NGV untuk para Malaysia? Kita sendiri pun tahu bahawa ada beberapa jenis kenderaan baru yang tidak sesuai menggunakan RON 95, tetapi semua kenderaan tiada masalah untuk menggunakan RON 97. Jadi kenapa tidak disatukan, dan disalurkan subsidi RON 95 kepada RON 97?
Sebenarnya dalam hal ini soal subsidi perlu dikecilkan sedikit skopnya dan keutamaan hidup rakyat yang perlu diutamakan. Aku mengandaikan RON 95 itu adalah sebagai gula-gula pihak kerajaan kepada rakyat sebagai bukti tanda prihatin. Ramai pihak pro-kerajaan yang menyokong tindakan menaikkan harga tersebut dan mengatakan bahawa perlunya rakyat berterima kasih di atas pemberian kerajaan selama ini dari segi subsidi dan sebagainya, namun perlu dinyatakan di sini bahawa subsidi itu merupakan hak kepada rakyat dan itu merupakan tanggungjawab pihak kerajaan. Perkara sebegitu tidak perlu untuk berterima kasih kerana itu adalah hak mutlak. Pengurusan kewangan oleh pihak kerajaan yang menyebabkan negara menuju ke arah bankrap, dan pemotongan subsidi 5-in-1 itu sepatutnya adalah perkara yang memalukan bagi sebuah kerajaan yang telah memerintah sejak sekian lama. Secara logik akalnya jika difikirkan, perkembangan pesat pembangunan, perniagaan, pelaburan luar, seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan termasuk juga industri maksiat, judi, arak dan hiburan, adalah mustahil bagi Malaysia untuk bankrap. Adakah ini bermakna semenjak zaman Tunku sehingga ke zaman Rosmah, negara asyik berbelanja dan melabur tetapi tidak pernah untung? Kalau ada keuntungan sudah pasti tidak timbul isu bankrap oleh Idris Jala suatu ketika dahulu. Jadi, kita cuba fikirkan bersama rasionalnya semua kejadian ini. Berhenti setakat ini.
[minyak Shell V-Power Racing sebenarnya dalam kelas RON 99 dan dijual di Malaysia pada harga RON 97. Adakah ini diluar kuasa kerajaan?]
No comments:
Post a Comment