3 tahun dahulu aku menamatkan pelajaran aku di sebuah universiti di selatan tanah air. Bersama dengan itu juga aku mengakhiri kisah cinta beberuk dengan seorang hawa anak kepada pasangan pendidik. Nak kata sakit tu boleh tahan la sebab itu antara kali pertama aku rasa sesuatu yang dinamakan cinta. Lagipun kalau ikutkan cerita, bukan aku yang putuskan pun, tapi aku kena dump macam sial je dengan alasan yang sesengal kepala lutut nenek dia. Lantak dia la, aku malas nak cakap banyak. Lepas daripada tu aku bergerak dan tak toleh ke belakang lagi (pasal dah ade sorang lagi..hehe..). Tak lama kemudian aku dapat kerja di KLCC dan serentak dengan itu jugak aku mengakhiri hubungan aku dengan orang lagi satu tu, lalu terbukak lah cerita satu lagi.
Hubungan aku dengan yang ke-2 ni tak la lama sangat tapi cukup sekadar aku pernah senyum dan buat dia tersenyum. Tapi aku pun tak tahu kenapa kitorang break up sebab takda kata putus. Well, life must go on. Selang beberapa bulan kemudian aku kenal pulak lagi sorang, or may I say the no.3. She's not that gorgeous but she's fine. Well, sebabkan aku ni duduk kat Seremban and dia tu kat KL, someone has take the advantage and succeed plak tu. Congratz, sebab aku pun dah malas nak handle orang camtu. It's not stopped there, aku berenti kerja sebulan lepas kejadian tu, and it's surely not because of her. And it opens another story.
Selama beberapa bulan aku mencari-cari kerja dan akhirnya dapat jugak walaupun it's damn hard. Tapi takpe lah at least aku dapat belajar something from it. Lama jugak la aku kerja kat situ and finally aku pun resign sebab penat dah kerja mengharap commision semata-mata. Dan itu pun lepas aku dah dapat kerja baru la. Dengan kerja baru ni pun takda la lama sangat sebab aku gaduh dengan Team Leader. Yela, pempuan tu nak sangat carik pasal dengan aku, kena la maki sepam. Well, tak lama lepas tu aku dapat offer kerja but with a 'better' offer.
Kerja yang baru ni tak la susah sangat but its tiring. Penat nak mampus buat kerja tapi gaji tetap sama. Dan tak lama lepas aku kerja tu aku kenal seorang perempuan ni and suddenly dia jadi tanggungjawab aku pulak. It's been almost 2 years aku mengelak daripada perempuan tapi rupa-rupanya kuasa Tuhan tu memang kuat, tu yang aku terjebak balik tu. Alhamdulillah our life sebenarnya kira ok la, it's not that complicated and it's filled with fun. 9 bulan aku dengan dia before she make me hurt. And surprisingly aku tak menangis langsung pun kali ni, siap aku boleh testing lagi dia walaupun aku dah tau keadaan sebenar. Yup, she's going out with another man and she falls for him. Aku? I'll make a move la buat apa nak tunggu lagi.
Kemudian aku dikejutkan dengan satu berita dari kawan aku masa belajar dulu mengatakan Miss No2 meninggal dunia sebab terlibat dalam kemalangan jalanraya. Aku rasa bersalah pun ada juga tapi mungkin dah waktu dia, aku cuma sedekahkan doa. Tak lama lepas kejadian tu aku resign daripada kerja aku sebab aku gaduh lagi dengan bos aku. Tapi kali ni aku gaduh dengan alasan yang agak kukuh: aku report kat PERKESO dia tak pernah buat pemotongan sepanjang setahun lebih aku kerja. And dengan gaji terakhir aku tu aku repair moto aku ape yang patut and move on balik kampung. Mungkin kalau aku cerita macam ni suasana tu agak kurang terasa. Well, that's the point actually. Aku cuma nak orang tahu dan dapat gambaran tentang kejadian yang menimpa aku aje. Kenapa? Sebab aku masih berdiri.
Aku masih berdiri walaupun aku pernah dimaki dengan perempuan-perempuan yang dulunya mengharapkan kasih dan sayang aku, kononnya aku ni satu-satunya lelaki yang boleh diharapkan dalam dunia. Pergi MAMPOS! Aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu aku pernah tak makan sepanjang hari sebab tak ada duit, sebabnya aku tolong orang dengan duit aku tu. Pergi MAMPOS! Aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu team leader aku cakap yang aku ni tak boleh buat kerja dan bos aku pun pernah cakap yang dia masih boleh bagi reference yang baik-baik untuk aku kalau ada company call (sebenarnya dia tipu, tikam aku dari belakang). Pergi MAMPOS! Dan aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu aku hampir-hampir melarikan diri dari dunia aku sendiri hanya kerana aku dah tak tahan nak melalui semua ni dan aku pun tak larat nak menyusahkan orang lain.
Dear readers, walaupun kita ni pernah dimaki berbakul-bakul, dihentak dengan tukul sebesar alam, diperlekehkan oleh seseorang yang pernah mengatakan kata cinta kepada kita, dan dimalukan macam kita ni penjenayah besar kepada seisi dunia, selagi kita masih boleh mengangkat muka kita untuk tengok langit Allah yang Maha Luas tu, bermakna kita masih belum lagi kalah. Losing is a state of mind. Kekalahan itu 99% bergantung kepada kekuatan minda dan 1% kewarasan minda tersebut. Pendek kata semua tu bergantung sepenuhnya dalam minda kita sendiri. Selagi hati kita, akal kita, minda kita belum tahu menulis perkataan 'PUTUS ASA' bermakna perjalanan itu masih perlu diteruskan. So, jangan mengalah dalam hidup, kerana Dia tak pernah berputus asa dalam memberi peluang kepada hamba-Nya.
~If u still breathing it means u can still win~
Monday, December 8, 2008
Tuesday, December 2, 2008
Indie Music Scene

Sejak kebelakangan ini dunia muzik tanah air mula dibanjiri dengan scene indie atau nama panjangnya Independent Music Scene. Band-band anak muda sedari bangku sekolah hinggalah penganggur yang berjaya mula ditubuhkan. Nama-nama seperti Mathari, Lucy in The Loo, Hypnotize, Melodisaster, Meet Uncle Hussein, Hujan dan Ribut Petir (kekeke..tipu je) mula menjadi halwa telinga bagi anak muda. Ketukan dram yang teratur, selingan petikan gitar dan sesekali terdengar alunan piano dan tiupan trompet, membuatkan sebahagian dari mereka seakan-akan terbang dan berlayar di lautan sendiri. Namun apakah sebenarnya indie scene ini? Mengapa ianya menjadi pilihan remaja? Sejauh manakah penglibatan dan pengaruhnya terhadap remaja masa kini?
Dunia remajaku bermula sekitar tahun 90-an. Nama-nama seperti Radhi, Emmet, Loque, Aru dan Andy merupakan idola kepada sebahagian daripada rakanku, termasuk aku jugak. Butterfingers adalah seperti Nirvana Malaysia, OAG terkenal dengan muzik rancak dan catchy (..dan jugak official soundtrack utk World Cup Youth..), Koffin Kanser dan Republic of Brickfields menjadi pujaan peminat raggae dan sebahagian aliran Rastafari. Dan kini mereka merupakan di antara pelopor scene indie di Malaysia (well, banyak sangat..). Menurut wikipedia, indie music ni dirujuk sebagai muzik yang direkodkan secara D.I.Y, means tak perlu nak pergi carik record label yang mahal-mahal untuk mastering etc. Ini kerana mereka ni terlalu 'independent' yang sebenarnya tak ada 'fund' untuk buat the formal way. Lagipun kalau buat ikut skema ni nanti nak kena ikut dalam contract la semua dengan record label, itu yang diorang malas. Independent la katekan. Kalau di barat, indie music bermula sebagai garage band ataupun satu kumpulan yang main muzik dalam garaj kereta mak ayah diorang. Nampak sangatlah sengkeknya kan. Dan kebanyakan lirik lagu mereka ni sangat bebas. Diorang akan cakap pasal perempuan masa hari jumaat (Girl Friday: Butterfingers), tv kaler hitam putih (60's TV: OAG), pasal garisan (Between The Lines: Koffin Kanser), dan macam-macam lagi. Hampir semua benda yang terjadi akan menjadi lirik sebuah lagu. Tak percaya? Try dengar lagu Kitty Kat: Intoxicated lagu pasal kucim dia kena langgar steamroll kat SS3. Dan itulah yang menjadi intipati dan antara penarik kepada golongan remaja kerana penceritaan yang agak kartun/humor, pemberontakan di usia remaja, keadaan sekeliling yang turut diselangi dengan bait-bait skor muzik yang catchy dan ceria (some of it, kalau Black Metal tu takkan nak ceria jugak kan).

T-Shirt yang simple, Jeans, Jack Purcell, bangle, merupakan antara uniform rasmi sebahagian indie fan. Tapi kebanyakannya akan mengenakan pakaian mengikut genre muzik yang digemari. Punk dan Skin terkenal dengan Red Wing Boot, Grunge dengan Jack Purcell, T-Shirt hitam bagi Metal fan, dan macam-macam lagi. Ada jugak yang mengenakan pakaian mengikut idola muzik mereka seperti Kurt Cobain dengan t-shirt 2 lapis dan juga Hooded untuk para hiphoppers yang bergaya tak kena tempat ketika panas terik di negara Khatulistiwa ni. Sebenarnya tak ada apa pun dengan pakaian tu, cuma sebahagian dari mereka nak menonjolkan gaya muzik yang mereka ikuti. Dan tanpa kebanyakan orang sedari termasuk kita, gaya dan penampilan ini sudah menjadi antara identiti sebahagian dari remaja masa kini dan mungkin juga boleh dipanggil trend yang mereka ikuti, bukan kerana genre muzik tetapi kerana penampilan itu yang agak menarik dipandangan mata.
Kemenangan Estranged pada Juara Lagu tahun lalu melebarkan lagi sayap indie-band dan menaiktarafk

Aliran muzik indie kini merupakan suatu di antara penarik kepada golongan remaja untuk berusaha mencapai cita-cita mereka. Cerita disebalik lirik yang disusun memberikan satu harapan bagi sesetengah pendengar dan penggemar. Dan tidak boleh dinafikan lagi bahawa muzik indie kini mula terletak di hadapan mata masyarakat.
~support the local music scene~
Monday, December 1, 2008
Pursuit of Glory

Masa aku kecil dulu aku sentiasa mengagumi apa sahaja yang abah lakukan. Setiap gerak laku dan pertuturannya sangat aku kagumi. Dan yang paling aku kagum ialah dengan pekerjaan abah. Masih lagi aku ingat ketika masih kecil, aku dan banglong dan bangah akan berkejaran setiap kali abah balik dari kerja kerana kami masing-masing mahu membuka sarung kaki abah. Pakaian kerja abah juga sangat kemas. Kemeja putih lengan panjang dan seluar panjang hitam yang digosok mama, tersemat kain seperti pangkat seorang tentera di bahu kiri dan kanan yang aku pun tak pernah tahu apa namanya, dan juga lambang sayap yang aku gelar 'wing' di sebelah kiri dada, memang membuatkan aku terpegun. Namun ketika itu aku pun tidak tahu apa nama formal bagi pekerjaan abah, yang kutahu ada tertera huruf 'FE' pada setiap surat formal buat abah. Dan aku juga tahu yang abah bekerja di Subang Airport. Namun ketika itu belum terdetik di hati aku untuk menjadi seperti abah. Tidak tergambar dalam pemikiranku untuk membuat pekerjaan yang sama seperti yang abah lakukan.
Tatkala usia men

Tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, aku mendapat tawaran untuk bekerja sebagai projectionist. Pekerjaan yang agak membosankan bagiku, namun amat sesuai bagi sesiapa yang pemalas. Aku berhenti selepas setengah tahun bekerja, dan mula membuat keputusan s

Kini aku menetap di kampung, menemani mama dan abah, dan senantiasa aku memikirkan tentang hari esok. Aku mula terfikir sejauh manakah aku harus pergi untuk berjaya? Mampukah lagi aku berjaya? Apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup ini? Terlalu banyak. Aku mengimpikan sebuah kereta tarik belakang, mengimpikan sebuah apartment untuk diriku sendiri, mengidamkan gitar ibanez JS dan Yamaha RBX-JM2, dan juga skuterku untuk dibaik pulih. Tapi kesimpulan yang aku dapat, aku mula sedar dan mungkinkah ini suatu takdir untukku? Mungkin Dia mahukan aku mengikut jejak langkah abah, mengembara di ruang udara ke serata dunia untuk mencari rezeki. Aku mula mengatur langkah, merancang untuk masuk ke Akademi Penerbangan pada tahun hadapan, dan kemudian memohon pembiayaan dari syarikat penerbangan. Dan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mahu menjadi seorang juruterbang. Dan kemungkinan besar andai cita-citaku tercapai, aku akan biaya adik sampai habis sekolah baru la aku fikir nak kawin-mawin ni. Hahahaha. Nasib la sapa jadi girlfriend aku nanti, tunggu la kau sampai adik habis sekolah. hihihi.
~AKU NAK JADI PILOT~
Saturday, November 29, 2008
penerimaan dan penerimaan..

These few days I've been running a survey on relationship progress. Its how you accept the future, all the consequences and all that. Seriously, keputusan yang aku dapat agak mengejutkan sebab aku memang dah agak, does it mean I really can understand one's life? Heh. Ok, camni, aku dah jalankan beberapa survey untuk kajian dalam entri kali ni. Soalan yang diajukan lebih kepada pandangan orang ramai mengenai pasangan mereka terdahulu. Well, some says first love was the best, but true love will last. Attention readers, this entry is not only about lovey-dovey, feeling-feeling ni, its more about how people react on things they really put their heart on.
Based on the survey, almost 90% of WOMEN hate their ex-boyfriends. Aku memang dah agak tapi aku taknak buat ulasan sekarang because I also wanted to throw the limelight to guys punya opinion jugak. 80% of MEN masih sayangkan ex-girlfriends dia (including me), and out of 80% tu most of them still hope they can make it out back again and contiue the relationship (that's not including me). Seriously, boys will be boys, girls just wanna have fun. IT'S PROVEN, MATE! It means they don't say it for nothing. Maksud sebenarnya lelaki dengan lelaki dan perempuan dikalangan perempuan, they all think alike on certain things. Aku tak boleh nak describe apa masalah perempuan dengan bekas pasangan diorang, mungkin one of them cheat on the other or anything. Tapi seriously, perempuan memang benci tahap gaban dengan bekas pasangan diorang, macam ada satu perasaan yang diorang tu tak patut hidup dalam dunia ni lagi. Well, I've been through that phase. Dulu masa aku break up dengan girlfriend aku pun macam tu jugak, habis seluruh hidup aku dimaki hamun macam aku ni penjahat No. 1 dalam dunia. Tapi aku ni sabar je la, mula-mula tu memang sakit tapi lama-lama dah ok. And dengan kuasa Tuhan, dia pulak yang contact aku balik. Bukan la nak kata aku ni irresistable tapi things happen and they take turn, kejap kita kat atas and kejap kat bawah.

Lelaki dan perempuan, masing-masing punya sifat baik dan buruk tersendiri. Perempuan, selalu sangat dikaitkan dengan manja, lembut, manis, lemak berkrim disukai jantan. Lelaki pulak sering digambarkan dengan sifat kasar, keras, ego. Sebenarnya masing-masing punyai sifat yang sama macam tu jugak, so tak payah la nak kondem-kondem orang lain. Cuba tengok depan cermin, fikirkan segala apa yang pernah terjadi dari kita ni lahir sampai la sekarang, mesti ada sifat-sifat tu terserlah satu per satu, dan ada yang menghilang satu per satu. Jadi jangan la nak bising-bising kat orang sebelah tu, kesian dia.
Ok, men, diorang ni biasanya akan accept segala apa yang ada depan mata tu walaupun berat sebenarnya. Tapi mostly lelaki akan buat camtu, diorang akan move on biarpun dalam hati tu cam nak bunuh diri je. But women, seriously, they can't take it by herself. Selalunya (dan seharusnya) diorang ni perlukan teman andai terjadi sesuatu yang tak diduga. Women, they tend to cry when this kind of thing happen, so they do need a shoulder to cry on. Well, at least ada someone untuk dengar luahan hati dia pun dah cukup. Dan seseorang tu tak semestinya lelaki, dan tak seharusnya lelaki. Cukup sekadar seseorang untuk teman. Bukan apa, perempuan ni biasanya sangat lembut dan senang terpengaruh, sebab tu dia kena ada someone untuk monitor. Laki ni lain sikit, dia boleh control thinking tapi jarang yang dapat control perbuatan. Tapi so far kebanyakan laki ni akan cuba untuk lari dari fikirkan hal tu. Walaupun nampak macam diorang ni tak kisah, tapi dalam hati tu berkulat-kulat cendawan tumbuh. Serious shit la.
Sebenarnya setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tak semestinya setiap satu tu akan berjalan seperti kemahuan kita. Kita ni sebagai manusia, tak salah untuk meletakkan harapan, tapi keputusan tu tetap di tangan-Nya. Dan jangan la bila dah baca ni kita buat semua benda ala-kadar aja sebab takut meletakkan harapan tinggi, keyakinan tu kena la ada sekali. Allah suka kepada hambaNya yang sentiasa berusaha dan yakin dengan setiap perbuatan. Apa yang bakal terjadi tu kita berserah saja la, dan andaikata pengakhiran tu jauh menyimpang dari apa yang kita harapkan, jangan la putus asa, terima dengan hati terbuka dan usaha lagi untuk perbaiki kesilapan. Manusia ni suka sangat mengalah, menyalahkan orang lain, menyalahkan batu jalan, ranting kayu, tayar kereta, tahik ayam, abes semua la nak disalahkan. Sepatutnya bila dah terhantuk tu, bangun la balik dan baiki kesilapan, bukannya maki-maki silap yang dah terang-terang silap. Panjang sangat dah ni, penat la nak tulis lagi, sambung lain kali dalam entri yang lain.
~buka mata, buka minda, buka peluang untuk diri sendiri~
Wednesday, November 26, 2008
-AKU BERMONOLOG LAGI-
There's so much to think about these few days. I keep on asking myself how, why, when,and who, over and over again but I just couldn't get the answer. Sakit kepala memikirkan benda-benda mengarut yang aku cuba untuk buktikan walaupun terlalu mustahil dari segi fizikal mahupun logik akalnya. Aku cuba mencari-cari identiti sebenar yang tersirat dalam diri aku, cuba untuk melarikan diri dari pemikiran tipikal masyarakat sekeliling yang kononnya bijak sangat. Satu kelainan yang aku sedar dalam diri aku ni ialah aku suka buat perkara yang lain dari orang lain, tapi aku tak suka dedahkan sebab rasa segan pula bila orang lain tahu. Aku tak suka tengok benda yang sama setiap hari (kecuali untuk bini, anak-anak aku nanti la). Aku lebih suka kepada suatu yang mudah dipandangan mata tapi manis dari segi pemikiran akal manusia. Aku nak cuba keluar dari kepompong pemikiran umat manusia yang tipikal ni. Memang tak susah cuma kena tajamkan fikiran dan buka minda supaya melihat lebih daripada apa yang orang lain boleh lihat.
Since these couple of weeks aku terasa macam my past is getting closer and closer to me. Aku cuba nak melarikan diri dari perasaan aku yang sebenarnya menidakkan kembalinya si dia dalam hidup aku balik. Aku lebih suka, sangat senang dengan kehidupan yang aku ada sekarang ni. Aku tak perlukan seseorang yang kononnya mencintai aku untuk aku tahu yang hidup aku ni sangat bermakna. Aku boleh berdiri dengan sendiri, berlari sorang-sorang, tak perlu untuk orang lain konon nak berbaik dengan aku dan konon menyayangi aku. Sudah-sudah la tu, hidup ni masih jauh algi untuk diterokai, tak perlu bazirkan untuk sesuatu yang diluar bidang kuasa seorang manusia. Tuhan dah tentukan jodoh setiap insan. Sejauh mana kta sayang orang, sekuat mana kita kasihkan orang, kalau bukan tertulis bahawa dia tu jodoh kita, sampai mati pun kalau cuba memang takkan berjaya. Bukan nak lemahkan semangat kawan-kawan yang bercinta tapi menyedarkan diri kau sendiri bahawa setiap kisah dalam hidup manusia ni ada perancangan yang begitu teliti dari Yang Maha Esa. Aku pernah ada orang yang cakap akan sayang kat aku sampai bila-bila dan takkan pergi walau siapapun yang hadir depan mata, tapi in the end kuasa Tuhan tu melebihi dari perancangan manusia. Nak menangis pun tak guna, nak meraung pun tak perlu. Apa yang aku buat masa tu aku usaha sendiri, bina hidup aku balik tanpa memerlukan pertolongan sesiapa, and Thanked God I'm still very much alive untill now.
Mungkin ada di antara anda semua yang membaca blog ni akan cakap aku ni agak kasar dalam penulisan, agak keras dalam perbahasan terutama bila berkait tentang diri aku sendiri. Ya betul, memang aku agak tegas dalam menentukan hidup aku. Aku dah penat nak berbahasa-bahasi, penat nak bercinta-cinta dalam hidup ini. Cukup la aku tahu keluarga aku masih disisi, kawan-kawan aku masih setia berdiri. Dalam menentukan arah hidup, kita tak perlu nak berharap kepada orang lain. Kita hidup ni untuk diri sendiri, orang-orang disekeliling tu semuanya ibarat perhiasan dalam mahligai hidup kita ni. Selagi kita jaga mereka semua tu dengan baik, maka baiklah kelihatannya dari pandangan mata. Dan sesungguhnya hidup ini bergantung kepada keputusan kita sendiri, tak perlu orang lain untuk tekan butang 'play' untuk mulakan hidup ini. Lagi satu, jangan letakkan harapan terlalu tinggi kepada orang lain sebab manusia akan menghancurkan manusia, tapi Tuhan sentiasa ada bersama manusia tak kira sejahat mana kelakuan mereka, sehodoh mana rupa mereka ataupun sekotor mana pakaian mereka. Kita hanya perlu berserah kepada yang Satu. Insyallah Dia akan membantu kita seluruhnya.
~bismillahitawakkaltu 'alallah~

Thursday, November 13, 2008
One Sweet Hell of A Day...
Semalam merupakan antara hari yang paling memenatkan buat diri aku semenjak bergelar pengusaha ladang anggur hidroponik (hehehe). Malam sebelum tu aku dikejutkan dengan panggilan dari seseorang bernama 'Sue' yang meng'offer' aku jadi pelakon tambahan untuk satu telefilem yang mana penggambaran itu adalah pada esok hari. Dah la bagitau masa malam, aku pun gelabah campur 'excited' pulak dah. Mampus aku tak boleh nak lelap malam tu, rasanya dalam jam 4 pagi kot barulah boleh aku melelapkan mata. Tapi lena aku tak lama mana pun, aku dikejutkan oleh suara merdu mama yang suruh aku bangun dan bersiap. Dengan terpisat-pisat tu aku pun bangun lalu mandi dan bersiap-siap. Nasib baik rumah baru ada water heater, kalau tak demam la aku pagi tu. Lepas segalanya dah ok, aku pun bawak mama breakfast dengan Aunty Siti kat Rembau sambil bersembang-sembang. Dalam pada bersembang mama tu, aku baru perasan kalau mengikut pengiraan masa aku yang aku ni dah agak lewat sebab aku bercadang nak singgah di Serdang dulu baru bertolak ke lokasi penggambaran. Hangin jugak la aku pagi tu kat mama, tapi tak apa la, buat tak paham je dan aku pun batalkan keputusan untuk singgah di Serdang tapi aku terus pergi ke Pasar Seni, Kuala Lumpur, tempat yang dijanjikan untuk penggambaran itu.
Setibanya aku kat sana aku tengok keadaan terlalu sesak, ramai gila orang kat sana sebab mula-mula diorang shooting kat luar, babak aku belum dimulakan lagi. Aku pun pergi la berjalan-jalan dalam CM tu nak cari hadiah untuk seseorang tapi tak jugak jumpa-jumpa sebab aku ni tak pandai nak memilih. Dan tak lama kemudian aku pun dipanggil dan bersedia untuk berlakon, padahal jadi extra je, duduk minum jadi latar belakang, ceh. Pengalaman pertama aku jadi extra ni tak adalah best sangat pun tapi penat la jugak sebab aku tak makan, cuma breakfast pagi tu aja aku makan. Nasib baik tak ada dialog ataupun yang sewaktu dengannya, cuma jadi pak duduk je jadi macam orang tengah minum-minum. Penggambaran habis sekitar jam 8 malam dan payment pun dapat cash. Disebabkan aku ni masih lagi blur nak cari hadiah yang aku mention tadi tu, aku pun mintak la tolong sorang lagi extra ni untuk tolong aku carik, dan dapat la aku satu beg tangan yang bagi aku agak menarik la jugak. Dah siap-siap semua, pergi hantar untuk wrap and aku pun terus balik sebab aku dah janji dengan seseorang. Memang hari tu aku rasa agak lain sebab badan aku agak lemah, kepala pun panas, mata pedih, rasa mengantuk pagi tu pun belum hilang lagi. Dan jumpa pulak dengan seseorang yang dah lama aku tak jumpa lepas tu terpaksa pulak tumpang tidur rumah dia sebab esok tu memang ada agenda dengan dia jugak. Tapi memang malam tu aku rasa betul-betul tak larat. Masalahnya, bila aku dah tak larat, lagi susah aku nak tidur. Tambah pulak kena bersilat kuntau dengan nyamuk-nyamuk sebab aku tidur atas sofa kat ruang tamu. Dan akhirnya aku terlena sekitar jam 2 pagi kot kalau tak silap.
Hari ini kehidupan aku bermula seawal jam 6.30 pagi. Dikejutkan dengan aksi manja anak-anak kucing kesayangan aku dan dia, dan jugak suara dia yang mengejutkan aku dari lena. Terpaksa la aku bangun sebab aku malas nak bertangguh lagi lepas tengok dia pun dah siap mandi dah, tinggal nak make up je lagi. Dan bila segalanya dah selesai maka bertolak la aku dengan dia ke Putrajaya untuk selesaikan hal dia. Alhamdulillah, sepanjang hari ni aku rasa agak penat namun dalam hati aku agak gembira kerana merasakan kehadirannya bersamaku walaupun jauh dalam hati aku ni mengatakan yang dia tu agak jauh dariku. Yela, dia masih ada komitmen dengan seseorang dan aku pun taknak meletakkan harapan untuk dia kembali kepada aku seperti waktu dulu. Dan dari perbualan kami masa menikmati hidangan tengahari di The Chicken Rice Shop, aku dapat rasakan yang dia masih mengharapkan aku berada dengannya. Terus terang aku katakan padanya yang aku tak mahu mengharap apa-apa dalam perhubungan ini, memang benar dulu kami pernah bersama lebih dari setengah tahun, tapi kehadiran orang ketiga dalam hati dia membuatkan aku disingkirkan. Dan kejadian itu membuatkan aku jadi serik untuk memberi komitmen terhadap seseorang dan lebih menumpukan masa aku untuk mencapai cita-cita. Aku tahu dia sayang aku lagi, dia pun dah cakap tadi, kalau tak cakap pun aku tahu. Cuma aku lebih senang kalau dia hadir sebagai seseorang yang lebih memahami aku, pada masa akan datang. Buat masa ini mengkin aku lebih senang bersendiri.
Dalam 3-4 jam kami bersama mengharungi hari tadi aku rasakan cukup bahagia, aku dapat rasakan seperti masa itu berputar kebelakang, jadi macam hari-hari kami yang dahulu. Tapi bila mendengarkan keluhan hati dia, aku rasa kesian pulak. Dia macam dipermainkan, dikawal sepenuhnya mengikut kehendak hati 'orang itu'. Aku tak ada hak untuk mengajar orang apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak, tapi bukan bermakna aku tiada hak langsung untuk mengingatkan seseorang yang aku sayang supaya berfikiran jauh. Dalam hati aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya, aku nak tengok dia tersenyum gembira seperti bersama aku tadi. Aku tau dia ada masalah dan aku pun hanya membantu sekadar yang boleh. Dan kelelahan hari aku ini diubati dengan sms dari dia yang mengatakan aku masih tetap dihatinya. Ceh, karat la pulak. Tapi memang hari ni satu lagi hari yang memenatkan buat aku, tapi masih tetap menjadi hari yang manis dalam sejarahku. Sampai aja kat Seremban tadi pun aku dah tak larat dah, balik tadi aku terus bukak baju semua dan mandi. Rasa macam nak pitam pun ada dan akhirnya aku terlelap masa tengah layan MAMMA MIA kejap tadi.
~jauh di mata, bukan bermakna jauh di hati juga..dekat di hati belum tentu dapat dimiliki~

Tuesday, November 11, 2008
P . D . R : Pride Determination Resilience
Aku dah mula merasa sarang labah-labah mula melingkar kat celah-celah ketiak aku. Dah almost 3 months aku duduk rumah and tak bekerja. Apa yang aku buat cuma tulis blog, update friendster, update facebook, apply kerja sana-sini, pergi interview sana-sini, dan juga mencangkul kat belakang rumah bila abah panggil. Aku dah mula terasa bosan dan agak beku bila terkenangkan hari-hari yang berlalu. Rasa macam nak belajar memasak sambal petai dari mama pun ada, rasa macam nak repair moto pun ada tapi aku tak reti sebab CDi dah kena bawak lari, nak pergi jalan-jalan kat KL pun ada tapi duit pulak tak ada. Pening bila aku memikirkan semua tu. Aku rasa macam aku ni kene gari kaki dan tangan, mulut diikat, mata kena tutup, pastu diletakkan dalam sebuah tong dram lalu digolek-golekkan lalu aku menjerit,
TOLOOOONNNGGGGG!!!!!!!!!!
Apa yang aku nak buat semuanya macam terhalang oleh keadaan. Aku cuba nak lari dari keadaan ni sebenarnya, cuba untuk membuat come back konon-konon nak buktikan kat seluruh dunia yang aku ni masih wujud dan bernafas seperti mereka-mereka semua. Tapi mungkin aku belum lagi dapat melihat dengan lebih telus daripada pandangan mata orang lain. Mungkin ada lagi perkara yang aku ni masih lagi tak nampak, belm lagi aku rasai, dan mungkin belum lagi aku terokai.
There were some people who can't accept the truth, some who try to re-invent the truth, and also some who gave it all up to the truth. Aku pun tak tau nak cakap apa sebenarnya sebab terlalu berat rasanya beban yang aku terpikul sekarang ni untuk aku ceritakan. Kalau duduk dalam gelap tu aku akan terbayangkan sebuah batu besar yang menggerutu berwarna kelabu-kelabu sikit, tengah berada betul-betul atas kepala aku ni. Rasa macam banyak sangat beban yang aku kena pikul, banyak sangat buah fikiran yang bercambah dalam kepala hotak aku ni. Bila aku cuba huraikan satu per satu, mula la aku terbayangkan yang masalah aku tu umpama satu jaringan sarang labah-labah yang berwarna kehitam-hitaman, aku tak boleh nak huraikan sebab bila mana aku tarik seurat dari jaringan itu, beberapa urat lagi akan melekat kat tangan aku. Setiap satu masalah itu akan berkait-kait sampaikan aku pun dah mula pening dengan pelbagai masalah itu lalu aku abaikan semuanya.
Pride. Maruah setiap orang tu terletak dimana? Cuba tanya diri sendiri dimanakah letaknya maruah anda. Adakah terletak pada keperawanan atau keterunaan anda? Atau mungkin pada penampilan diri anda-anda semua? Cuba fikirkan sebentar. Bagi saya, maruah setiap insan itu terletak pada dirinya sendiri bagaimana dia menghormati dirinya sendiri, bagaimana dia menghormati setiap insan di sekelilingnya, bagaimana dia meletakkan dirinya dia khalayak ramai dan menyesuaikan diri dengan keadaan walau masih berpegang teguh dengan pendirian sendiri. Itu yang akan menunjukkan betapa tingginya maruah pada seseorang insan itu. Ini bukanlah entri untuk memberi nasihat tapi sekadar memberi peringatan kepada sesiapa yang membaca. Aku pernah jumpa seorang yang mengatakan maruah dirinya tidak boleh dijual beli, namun tatkala masalah kewangan melanda duit itu menjadi raja kepada segala raja dalam dirinya, sampaikan sanggup nak mencabut nyawa sendiri. Cuba hormati diri sendiri, jangan abaikan setiap daripada pesan Yang Maha Esa, jalankan segala perintah-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Insyallah, setiap insan itu akan berjaya. Pride, determination, resilience. 3 perkataan yang sebenarnya cukup kuat dan memberi makna. Resilience ni kira macam bounce back la, an ability of something to recover from any disturbance, shock etc. Semua tu terkandung dalam satu cerita sports-comedy berjudul 'PRIDE'. Kalau ada masa nanti tengok la, okeh. Dah start showing kat Star Movies.
~i love my life,more than anyone can see~

Sunday, November 9, 2008
-FACES-

Senyuman itu ibarat satu warna cerah yang akan mencantikkan lagi suatu lukisan dan andai diukir dengan hati yang ikhlas, maka keindahannya ibarat saujana mata memandang. Dalam hidup ini, senyuman merupakan pengubat kepada hati yang duka, penawar kepada jiwa yang lara dan juga penyeri kepada hidup yang serba ceria. Seseorang yang banyak senyum, maka kuranglah masalah yang membebani hatinya kerana senyuman itu sebenarnya menyimpan seribu satu erti yang kadang-kala tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

One Bored Day notes..
Pagi tadi aku pergi rumah atok dgn bangah. Then masa dalam kereta tu terdengarlah tazkirah ringkas dari Dr. Mohd. Fazilah Kamsah. Berdasarkan kajian yang dia buat sendiri 30% isteri-isteri ni pada mulanya sangat benci dengan si suami masa belum kenal la. Dan daripada jumlah itu adalah terbukti bahawa jika kita memberi walau sedikit perasaan kasih terhadap seseorang, lambat-laun perasaan itu akan menarik sifat kelembutan dan kasih sayang dalam diri mereka tu. Maksudnya macam ni, sifat-sifat dalam diri manusia ni sebenarnya ada satu medan magnetik yang akan menarik sifat-sifat dari kumpulan yang sama. Sifat dengki akan menarik sifat dengki dari diri orang lain, sifat benci akan menarik sifat benci dari orang lain, dan tidak terkecuali sifat kasih sayang juga akan turut menarik sifat kasih dan sayang dalam diri seseorang yang lain tu. Jadi andai kata kita dihujani kebencian daripada seseorang, janganlah kita menabur lagi kebencian, cuba semaikan dengan perasaan kasih dan sayang, Insyallah satu hari nanti perasaan orang itu akan berubah. Sama juga dengan situasi yang pernah aku lalui dulu. Orang tu pernah sayang kat aku, then suddenly disebabkan 3rd party, dia mula membenci aku lebih dari orang lain. Tapi aku tak pernah nak benci dia, aku cuma abaikan segala perasaan benci, dan aku cuma jawab yang baik-baik je kat dia. And at last, dia boleh accept aku balik and we're still in touch for now.

And baru je tadi aku tengok TopGear. Rasanya ramai dah taukan pasal this award winning program, lagipun si Jeremy Clarkson tu pernah jahanamkan Kelisa dalam rancangan ni. Nak kecoh apa pun, sedangkan Subaru Impreza V9 tu pun dia komplen inikan pulak Kelisa. Nasib baik dia tak ambil Saga BLM, kalau tak memang taktau la dia cakap apa kereta tu kan. Tadi diorag ni buat pertandingan 4 penjuru antara the presenters dengan Stig sekali. Jeremy naik bot, Richard Hammonds naik basikal, Captain Slow naik Merc SL500 dan Stig jalan kaki, naik public transport. Perlumbaan tu adalah somewhere dari London to the City Airport. Well, perlumbaan tu akan dibuat di awal pagi, means the traffic was damn congested. Dan keputusannya ialah Hammonds sampai dulu naik basikal, Jeremy 2nd, Stig yang naik 'tube' tu dalam 3rd and Captain Slow still pertahankan kejuaraannya dalam arena 'slow'. Apa point aku cerita semua ni? Think about
it, kalau diikutkan Captain Slow will came first, then Jeremy sebab bot dia tu somekind of racing boat, then Stig and Hammonds. Tapi yang paling lembap tu dapat no.1. Maknanya di sini, kita tak boleh memandang suatu kejadian itu dari faktor luaran. Cuba fikirkan setiap inci suatu masalah, walaupun keadaan mungkin akan membuatkan kita bergerak agak perlahan tapi dikemudian hari kita akan lebih gembira dari orang lain.
~pandang dengan mata, lihat dengan hati, nilai dengan akal~

~pandang dengan mata, lihat dengan hati, nilai dengan akal~
Friday, November 7, 2008
Mungkinkah...
My last post was on July 17, 2008. Almost 3 months aku tak tulis kat sini, asyik sangat dengan friendster blog sebab aku boleh manage accordingly dengan aku punya friendster profile, walaupun aku dah mula berhijrah ke facebook sejak beberapa bulan yang lalu. Well, 3 months tu bukan suatu masa yang singkat kalau dikira dengan jam randik, tapi akan terasa terlalu singkat bila difikirkan dengan pengalaman yang diperolehi. Terlalu berat untuk aku huraikan satu per satu tentang apa yang dah terjadi, segalanya bagi aku terlalu cepat, rasa macam Hiro Nakamura bila boleh bend the time to think it over again. Nak kata susah tu takda la susah sangat. When the going gets tough, the tough gets going, rite? Aku selamba redah aja semua perkara yang terjadi, biaq pi la depa nak kata apa, janji aku tetap hidup dan masih terus hidup. Dalam 3 bulan, aku berhenti kerja, uruskan hal moto aku, lari balik kampung tanam jagung jumpa agong korek hidung, pergi interview sana-sini, berhadapan dengan pelbagai persoalan dan bersemuka dengan 1001 jawapan untuk setiap persoalan tersebut. Kalau suatu masa dulu aku bermurung sekejap dengan hal percintaan, tapi sekarang aku masih boleh tersenyum bila memikirkan hal itu. What past is past, we live in the present so do make ourselves comfortable with the current situation. Kalau tak, alamatnya memang sampai kiamat la meleleh air mata darah.
Berbicara soal cinta, hati dan perasaan. Aku pernah hampir-hampir terjerumus ke dalam kancah percintaan sekali lagi lebih kurang bulan lepas, tapi Alhamdulillah aku buat tak paham je. Yela, orang dah semakin rapat dengan kita, setiap aktiviti pun nak kita temankan, setiap kegembiraan dan kesedihan pun nak dikongsi bersama, siapa yang tak terasa hati kan. Tapi bila difikirkan balik, aku ni tak ubah macam tempat berpijak untuk menyeberangi longkang aja. Bila dah lepas longkang tu, batu loncatan tu pun diabaikan macam tu aja. So, ada baiknya aku ni tak terlalu mengharap akan sesuatu yang diluar jangkaan aku. Lebih baik aku cuba majukan diri sendiri dan hidup dalam dunia yang aku sendiri cipta supaya hati aku ni lebih terjaga, dan orang-orang disekitar aku pun turut terjaga. Prinsip yang cukup mudah dilafaz, namun bukan mudah untuk dipraktikkan. Well, sometimes to walk through the hardest road give better effect than the easy route kan. Bila kita pilih untuk berdepan dengan masalah, banyak benda yang kita akan pelajari dan kita akan ketahui. Kebanyakan orang suka ambil jalan mudah sebab jalan tu memang mudah, tapi bila berdepan balik dengan masalah yang sama, jalan mudah pun ada roadblock, dah mula la dia jadi panas sebab dulu langsung tak belajar dari tindakan sendiri.
Someone from the past, yang pernah membuatkan aku stressed out sekejap, is now coming back. Tapi bukan datang balik untuk sesuatu hubungan macam dulu tu, just memerlukan sedikit nasihat dan nak dengar aku cakap la tu kot. Ye la, dia terasa diri dia tu agak kasar dan kejam dengan aku dulu, so she try to make things better. Bagi aku, kejam atau tak tu bukan masalah bagi aku. So far, aku still boleh tersenyum, boleh lagi gelak besar bila tengok Nabil buat lawak sarkis kat tv tu. Aku pun taknak salahkan dia sangat sebab mungkin ada benda yang aku salah, yang aku terlepas pandang. Jadi, kalau kita tak boleh perasan salah kita sendiri, jangan senang-senang nak blame orang lain atas sesuatu kejadian. Dalam hati kecil aku masih lagi mengharapkan ada kesinambungan dari hubungan yang lalu, tapi buat masa ni cita-cita aku lebih menjadi keutamaan. Sepatutnya aku dah capai cita-cita aku dulu, cuma ada sedikit masalah yang buatkan aku tercampak dalam situasi macam ni. So, takkan nak salahkan Tuhan pulak kan, diri sendiri punya pasal la. Lu ada otak, lu pikir la sendiri. Heh, ok cerita pasal come back tu balik. She still in touch, still attached dengan that stupid-moron yang kononnya hebat sangat dulu. Aku tak boleh nak cakap apa, itu pilihan dia, walaupun dalam hati dia tu aku tahu dah mula ada rasa penyesalan sebab tinggalkan aku. Dia dah mula luahkan masalah kat aku, dah mula tanya 'awak sayang saye lagi ke?', 'awak rindu kat saye ek?', 'kalau saya balik kat awak balik awak nak terima ke?'. Aku sebenarnya rimas dengan persoalan macam tu. Benda dah lepas, bagi aku biarlah terlepas. Aku tipu la kalau aku cakap tak sayang langsung dah dan aku jugak tipu kalau aku cakap aku benci gila kat dia. Dia masih ada tempat dalam hati aku cuma aku taknak terlalu obvious. Biar aku kejar cita-cita aku untuk aku betulkan balik hidup aku, lepas tu baru aku akan fikirkan untuk perhubungan.
Penat sebenarnya nak tulis panjang-panjang dalam ni sebab hari ni aja aku dah post 2 entry termasuk la dalam friendster blog aku. Agaknya aku ni memang ditakdirkan untuk menjadi penulis cuma peluang tu aja belum terbuka. Takpa, insyallah satu hari nanti. Dan mungkin jugak satu hari nanti aku akan dipertemukan balik dengan dia tu, dan kot ada jodoh bertaut jugak.
~ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat...HEY, RAJU!!~

Subscribe to:
Posts (Atom)