Monday, September 20, 2010

Give up or not give up..up to you!


How far can we walk? How much time does it takes to go from one place to another just by walking? How was the changes in time affect on our walk of life? Do you like walking? Semua soalan merapu untuk dimulakan kalau nak bercerita pasal pilihan dalam hidup. Ya, betul. Dalam hidup ini ada yang untung, ada yang rugi, ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang gembira, ada yang berduka, ada yang bercinta dan ada yang ingin dicintai. Itu semua merupakan bolak-balik dalam kehidupan. Memang betul dalam hidup ini ada beberapa perkara yang sudah menjadi ketentuan oleh-Nya. Tapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha sedaya upaya sebab perkara yang telah ditentukan dan tertulis di Luh-Mahfuz itu tidak sebanyak perkara yang belum ditentukan. Jadi tidak ada sebab yang konkrit untuk mengabaikan usaha dalam mencapai kejayaan dalam hidup.


Ramai yang merujuk kepada aku, hampir-hampir berputus asa dengan keadaan yang menimpa, terutamanya soal cinta. Bagi aku, cinta ni perkara yang agak menyampah aku nak melayan. Baik lelaki ataupun perempuan, dalam percintaan, kedua-duanya akan jadi bodoh. Kenapa dengan mudah aku boleh melabelkan mereka? Sebab aku dah pernah duduk dalam situasi itu dan kini aku rasa kalau aku duduk dalam tempat tu maka aku akan jadi orang yang paling bodoh. Bermacam persoalan yang diajukan, kesemuanya aku tembak balik kepada penyoal. Daripada sekecil-kecil masalah, sehingga kepada perihal yang sudah berumah tangga bagai. Bukan nak mendabik dada tapi aku seringkali kesian dengan kawan-kawan aku tu sebab kebanyakannya hanya akan nampak masalah tanpa terfikir cara penyelesaian. Itu merupakan kelaziman bagi sesiapa yang dihimpit masalah, setiap permasalahan itu akan menjadi penghalang bagi mereka untuk memikirkan penyelesaian.

Kebanyakan daripada kita, rata-rata yang berumur 17 tahun dan keatas, dah mula meletakkan masalah sebagai suatu beban. Bukan nak kata yang muda-muda tu tak rasa masalah tapi mereka tu kurang matang untuk memikirkan penyelesaian. Ramai dari yang 'sepatutnya' dah boleh berfikir dengan waras, masih lagi terkapai-kapai mencari jalan penyelesaian walhal pilihan itu sepatutnya dah boleh dibuat lama dahulu. 'There were no bad choices, only wrong decision'. Renung-renungkan dah fikir-fikirkan maksud frasa tersebut. Setiap pilihan yang kita buat adalah merupakan suatu peluang. Tapi apabila keadaan menjadi sebaliknya, jangan dipersalahkan pilihan itu tetapi keputusan yang dibuat ketika melalui jalan itu yang bermasalah. Pokok pangkalnya semua terletak kepada kewarasan dan kematangan diri kita sendiri.

Kegagalan bukan satu alasan untuk putus asa. Aku sendiri sudah beratus kali mengalami kegagalan dalam hidup tapi itu semua merupakan silap aku sendiri, dan aku tidak pernah menyalahkan takdir kerana setiap kegagalan itu mengajar. Kalau di luar sana beratus orang yang cacat berjuang dalam Paralympic, kenapa kita ni manusia yang sempurna sifat tak boleh berusaha dalam hidup sendiri? Jadi kesimpulannya, kegagalan, takdir ketentuan Tuhan, penerimaan orang lain, dan segala aspek negatif tidak boleh sama sekali menjadi alasan untuk kita give up , berputus asa dalam hidup, mahupun cuba menamatkan riwayat sendiri. Itu bodoh.

~apasal topik kali ni sangat bosan?

Saturday, September 18, 2010

Blog Addict...damn!


Shoot! I've to stay up all night to get the real chance to post something in this blog. And suddenly I end up waking up all night in order to prevent me from 'kantoi' another subuh prayer. What's the results? I ended up with a freaky Bill Compton-face. I wonder what time would I wake up tomorrow..


~oh, shoot! I just forget that tomorrow is Cikgu Senah's open house!!! What a #####!!

DSLR oh! DSLR..



Kalau 10 tahun dulu, yang pegang kamera besar-besar ni orang akan buat tak tahu. Yang pegang kamera kecik-kecik ni pulak dijadikan bahan cerita satu kampung. Sama la macam pakai handphone. Kalau dulu Nokia 8250 tu, kalau tayang kat kedai kopi, mau 13 kali pelayan tu datang nak ambik order. Tapi sekarang sudah lain, iPhone pun dah besar beg duit, BlackBerry pun besar lagi dari buku hutang 555, tapi itulah yang lagi dipandang. Sama macam kamera, orang dah mula beralih ke DSLR. Kamera-kamera kompak ni macam dah jadi zaman M. Shariff dah. Aku pun teringin la juga nak berkamera besar gedabak tu. Art is always a passion in my life. Jadi kalau ternampak orang upload gambar dalam facebook tu dengan pixelnya sampai nampak jerawat orang belakang, memang rasa terbakar aja hati ni. Tapi, malangnya...duit ciput maa~



Yela, aku ni bukan ada duit sangat. Benda harga beribu, tunggu la ada duit nanti. Tapi memang geram betol aku dengan menatang nih. Nak beli yang murah-murah pun takde duit, inikan pulak nak beli yang mahal. Memang sah-sah aku tak pegi umrah nanti. Haha~ Takpa lah, terpaksa berpuas hati dengan kualiti kamera iPhone dulu buat masa ni.

~kalau siapa nak sedekahkan dslr bagitahu la. Sedekah ye, bukan jual. Tang ni aku tak kisah meminta sedekah..bhahaha~

Friday, September 17, 2010

REDS vs. RED DEVIL....who will win?


On today's clash, who will win? Manchester United aren't looking very good as their previous games turns out to be nothing but a dissappointment for the teams. However, Liverpool on the other side of the field are starting to climb to their victory. With the ok-ok previous game on BPL, and EUROPA cup, it somehow build their confidence. Injury have always taken a toll on both teams, however their backups are not that bad, though. So, lets throw the dice and wish for the best. For me, YNWA!

~there's a problem with Chelsea..we never knew who will score because everyone from the Blues can score!

Thursday, September 16, 2010

Kes Sosilawati Lawiya - kemusykilan.

Sebelum raya hari tu negara dihebohkan dengan kehilangan kakak ni. Nama beliau Sosilawati binti Lawiya. Hajah ke tidak tu tak dapat dipastikan. Allahyarhamah atau tidak juga aku tak berani nak mengulas. Yang berdesas-desus di dada akhbar, di medan elektronik, di sel lokap dan lensa media tu semuanya bercerita benda yang sama walhal keputusan sebenar belum diketahui. Sumpah aku tak kenal kakak ni sebelum dia berkrisis dengan rockers pujaan ramai, Nash. Walaupun muka dia boleh dikatakan hampir setiap hari keluar dalam iklan pasal ubat kurus, ubat putih, ubat susut, ubat tegang, ubat kendur, ubat itu dan ubat ini, tapi satu pun aku tak ambik tahu. Tapi bila dia berkrisis tu baru la aku tahu, boleh tahan bini abang nash (mase tu la..).

Latar belakang beliau ni aku taktau sangat walaupun boleh dikatakan setiap artikel kat paper sekarang ni akan ceritakan sedikit sebanyak hal beliau. Cumanya bila kes ni terjadi, nama beliau makin top, anak beliau makin mantop, dan berita metro tiba-tiba jadi ngetop. Apehal? Dari segi mata aku sebagai pemerhati tak bertauliah dan tak berhati perut, aku rasa ada beberapa keganjilan dalam kes ni. Yang pertama ialah bila mayat satu hape pun tak ditemui tapi akhbar dan berita mencanangkan dah arwah beliau dan rakan-rakan beliau tu. Aku sebagai pemegang kata melalui fakta, perlukan sedikit kepastian dalam hal ni. Adakah disebabkan india tu cakap dia dah bunuh, polis pun percaya, pegawai penyiasat pun percaya, akhbar pun percaya, berita pun percaya, menteri pun percaya, 1malaysia pun percaya. Macamana kalau rupa-rupanya mereka-mereka tu diseludup ke Selatan Thai ke ape, bukan kita tahu. Ini baru india tu cakap sikit dah percaya, lepas tu cakap la melayu bodoh senang kena tipu. Padahal tak sedar, depan mata dah kena.

Lagi satu kemusykilan, macamana india tu boleh cepat sangat mengaku? Ya betul, memang dia kena seksa terbaik dari ladang kambing, aku tahu dan aku faham. Tapi macamana boleh cepat sangat? Betul ke mati tu? Betul ke bakar tu? Betul ke campak tu? Betul ke tahi lembu tu? Takkan semudah itu dia mengaku? Sedangkan kes altantuya yang lagi menarik tu, kasi letup pakai c4, itu pun berzaman nak cerita inikan pulak main bakar-bakar. Come on, apa sebenarnya yang berlaku? Memang la ada orang bezakan kes ni dengan altantuya sebabnya kes altantuya tu orang berpangkat besar yang terlibat. Dah tak payah nak suruh aku cover line ayat, dah memang nyata, cuma nak mengaku siapa main dengan minah tu dulu aja. Ceh! Tapi bila kes sosilawati ni, rasanya macam cepat sangat pulak. Siap IGP boleh declare semalam yang kes ni dah sampai ke penghujung. Selamber kodok.

Dan seterusnya, kemusykilan lagi, peguam ni yang kononnya datuk, tapi semalam keluar pulak berita yang datuk tu title beli, boleh mempunyai harta yang diluar jangkaan. Apa rasionalnya? Aku nak tembak sikit badan-badan bodoh yang berkenaan, kenapa muncul cerita datuk beli ni? SPRM tu buat tahi apa? Cuba korang siasat mana benda ni datang, apa pasal ada beli-beli title, siapa jual, siapa beli, siapa orang tengah? Kalau bukan SPRM, mesti ada badan lain yang bertanggungjawab untuk buat siasatan ni, kan? Taknak siasat? Nak tunggu bila? Nak tunggu sampai title Yang Mulia Tuanku, Yang Amat Berhormat, Tan Sri, Tun, Tan, Tong, Keng, Kong, Long, Ling, Seng, semua boleh dijual beli baru nak siasat? Tolong jangan memperbodohkan diri anda semua yang sedia bodoh semasa kecil.

Lagi satu cerita hindustas, dikhabarkan dalam ladang ternakan itu ada sebuah 'club house' yang ala-ala 5 bintang siap ada karaoke lounge. Memang terbaik untuk datuk-datuk, datin-datin, tun-tun, dan tan-tan, untuk membuat maksiat sesuka hati. Dan khabarnya, mangsa-mangsa dipukul dengan kayu kriket, diletak dalam kandang anjing, diseksa-seksa bagai. Tapi cerita ni aku pun tak pasti mana satu betul sebab versi terlalu banyak. Hari pertama dengar kena bakar, hari kedua dengar campak dalam sungai, hari ketiga pukul-pukul, hari keempat pukul dengan kayu kriket, hari kelima campak dalam kandang anjing. Mana satu betul? Ataupun semuanya betul? Aku pun tak tahu, wallahualam.

Hari ni punya berita lagi sedap, penemuan lebih 300 serpihan tulang yang dianggarkan daripada dalam 20 mayat. Mana datang? Selama ni polis buat kerja apa? Ke buat kerja bila ada title datuk yang terlibat, tan sri yang terlibat? 20 mayat? bukan sikit. Kalau main futsal 3 jam tu belum tentu penat la dengan 20 orang. Mungkin polis terlepas pandang, atau mungkin mereka tak pandang langsung kes-kes picisan. Atau mungkin pujian-pujian keatas unit siasatan polis tu terlalu tinggi sampaikan buta dengan kerja. Pujian dicari, tanggungjawab dikaburi. Harap-harap bukan macam tu. Jadi, unit forensik sila la korek-korek tanah tu, cek tulang semua.

Sebenarnya aku tak hairan sangat dengan berita-berita macam ni, bukan apa, negara Malaysia ni dah berpusing-pusing jadi tak perlu pelik la dengan apa yang bakal terjadi di masa depan pulak. Dengan kebodohan tindakan mereka-mereka yang sentiasa flip-flop, potong subsidi tapi bagi bonus, beli kapal selam tak boleh menyelam, enjin kapal terbang sebesar rumah boleh hilang, kereta ketua polis pun boleh kena sapu, yang gedempol tu mengaji tayang-tayang rambut lepas tu tak bagi cina masuk masjid tak pakai tudung. Tak ke pelik negara kita dah sekarang ni? Jadi tak perlu nak pelik la dengan kejadian-kejadian yang macam ni. Aku mintak maaf kepada waris-waris mangsa sekiranya terkasar bahasa. Tapi aku masih tetap dengan pendirian, selagi tak ada bukti kematian, tolong jangan sebarkan yang bukan-bukan.

Filem melayu - Melayu-layu filem..

Bila raya ni aku sentiasa nantikan cerita-cerita yang bisa menginsafkan diri, mengenang jasa ayah bonda, mengenal jauh dekat hati dengan Tuhan, dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, hari ni sempat tengok cerita 'Pondok Buruk' arahan Rashid Sibir lakonan Allahyarham Ismail Din, Bonda Fauziah Nawi (mama cakap ni senior die mase kat skolah dulu, aku pun percaye je la..) , Rosyam Nor dan lain-lain. Masa mula-mula ditayangkan memang sumpah aku tak pernah tengok sampai habis. Selalu tengok kejap-kejap lepas tu blah. Hari ni pun sama sebenarnya. :'( Tapi dengan adanya telefilem macam ni lah yang menyentuh hati sebenarnya. Gua tak touching, beb. Heheh.

Tapi sebenarnya aku teringin nak cerita satu benda pasal cerita-cerita yang sebegini. Aku suka dan selalu ternanti-nanti bila ada cerita yang pelakonnya mengaji. Alhamdulillah, suka betul aku kalau dengar Pak M. Rajoli mengaji, Abang Razak Ahmad, Ust. Akhil Hayy dan ada la lagi 2-3 orang. Kenapa? Sebab alunan suaranya, lenggok nada, hukum tajwid panjang pendek, dengungnya semua kena pada tempatnya. Alhamdulillah. Cuma ada sedikit masalah dengan cerita-cerita yang biasanya ada part mengaji ni. Biasanya pelakon tu mengaji sedap, suara lunak merdu, yang kasar pun berkesan, tapi tajwid lintang pukang. Bukan nak kata yang aku ni pandai sangat nak bertajwid, tapi bila bukak kitab tu aku tau la kat mana yang kena panjang, kat mana kena pendek, kat mana baca huruf 'haa' kat mana baca huruf 'Hha'.

Kadang-kadang aku rasa macam pengarah drama-drama, filem-filem, telefilem-telefilem yang mengetengahkan pelakon-pelakonnya yang berskripkan ayat Al-Quran yang dibaca bersepah-sepah tu, pengarahnya tak menghayati cerita sendiri. Memang betul ada skill pembacaan yang lain dari yang lain, itu disebut qiraat. Tapi, kalau dengan sebutan hurufnya pun salah, itu dah bukan qiraat. Salah sebutan huruf, makna ayat sudah berlainan. Itu dah berdosa tu kalau bacaan salah. Kalau orang jawa, atau yang sewaktu dengannya, mungkin ada kekhilafan sebutan disebabkan terbiasa dengan lidah bangsa, tapi uniknya masyarakat melayu ialah mereka boleh meniru lenggok bahasa hampir semua bahasa dalam dunia ni sebab lidahnya lembut. Jadi sepatutnya tidak ada masalah untuk mengalunkan nada huruf yang betul.

Mungkin ada yang akan mempertikaikan kenyataan aku ini, mungkin ada yang akan mengatakan pengarahnya mungkin berbangsa lain seperti David Teoh. Tapi rujukan terhadap kitab suci bukan satu benda yang main-main. Ceritanya hebat, jalan ceritanya suspen dan mencabar, berpawang-pawang, berbomoh-bomoh, akhirnya gunakan khidmat imam surau untuk menghalang hantu. Jalan ceritanya memang bagus tapi mengapa karektor imam itu tajwidnya salah bersepah-sepah? Itu satu bukti bahawa kurangnya penelitian oleh editor, kurangnya ilmu oleh aktor. Aku tak mahu tunjuk filem mana yang bersepah tajwidnya tu sebab terlalu banyak. Ada yang karektornya imam, bilal, ustaz mengajar di sekolah, ustaz mengajar di pondok, pelajar baru pulang dari timur tengah, tapi sayang bacaan berterabur.

Ini mungkin satu tamparan besar buat pengarah-pengarah, penulis-penulis skrip, dan pelakon-pelakon. Aku tak kisah kerana kesucian Al-Quran itu harus dipelihara. Al-Quran itu merupakan pedoman sepanjang hayat, salah bacaannya maka salah maksudnya. Salah maksudnya maka salahlah jalan yang kita bakal hadapi. Jadi sepatutnya setiap individu dalam Malaysia ni harus peka dengan keadaan ni. Ini bukan sekali dua terjadi tapi dah banyak kali.

~mungkin orang kita tak perasan atau ramai yang masih kurang ilmu tajwid?

Wednesday, September 15, 2010

Lorenzo, Pedrosa akan malu.


Valentino Rossi to have shoulder surgery at end of year


The 31-year-old, who is leaving Yamaha for Ducati from next year, injured his shoulder and back in April before suffering a broken leg in June.

That last injury ruled him out for six weeks and four races, ending any hopes he had of taking the 2010 title.

He told Sky Italia TV: "In the end the problem is the shoulder. At the end of the year I'll have it operated on." - BBCsports


Nampaknye lepas ni Lorenzo, Pedrosa, Davioso, Stoner, Hayden, DePuniet dan lain-lain akan malu kalau duduk belakang moto Rossi. Rossi akan berlumba sepanjang musim dengan bahu yang tercedera. Mungkin tidak memberi banyak impak dalam konsentrasi perlumbaan tapi ia tetap akan memberi masalah suatu masa nanti dan ia masih lagi dikategorikan sebagai kecederaan. Anyway, GOOD LUCK ROSSI..and other riders too~



Monday, July 26, 2010

That Dream...




There's a dream in every sleeps, and there's a story in every dreams. I never trust one. - husnihalim

Semua orang ada impian. Semua orang ada mimpi. Semua orang tidur dan kebanyakan orang berjaga. Setiap tidur, walau sekejap, walau sekelip mata, walau sejenak cuma, walau sekadar terlena, pasti akan disulami mimpi. Dari mana datang mimpi? Kenapa keluar mimpi itu? Kenapa bukan mimpi ini? Apa pasal aku mimpi di sana? Kenapa bukan mimpi di sini? Kenapa? Mengapa? Apa pasal? Bagaimana? Semua pun bertanya benda yang sama. Mimpi, adalah gambaran rupa, imej, suara, suasana, dan emosi yang dialami oleh minda ketika tidur. Kandungan dan kisah di dalam mimpi sebenarnya tidak dapat dipastikan kesahihan atau tujuannya walaupun ada sesetengah topik dan spekulasi diketengahkan di dalam sejarah. Itu merupakan terjemahan dari ensiklopedia dalam talian atau wikipedia bila aku search pasal mimpi. Agak rumit, complicated tapi masih boleh difahami walaupun anda berminda kelas peralihan. Kenapa aku cerita pasal mimpi? Apa kaitan mimpi dengan posting aku kali ini? Ni dia aku nak cerita.

Selama aku hidup dah 26 tahun lebih ni, aku rasa dah bermacam-macam mimpi aku alami. Kena kejar hantu, jadi hantu, makan hantu, main bola, baca buku, jadi hero, angkat berat, buat rumah, buat pasal, even mimpi mati pun pernah. Berpeluh aku mimpi kena kafan, orang usung bawak pergi kubur, kena masuk dalam liang lahad, sampai la orang turunkan tanah baru aku terjaga. Tapi kali ni bukan aku nak cerita pasal mimpi tu, tapi aku nak cerita pasal mimpi satu ni. Selama aku hidup ni, aku tak pernah percayakan mimpi. Biarlah orang cakap mimpi kena patuk ular tu ada orang nak masuk meminang ke ape ke, tapi sungguh aku langsung tak percaya. Tapi malam tadi aku mimpi sesuatu yang agak menarik. Memang sebelum ni aku pernah jugak mimpi macam ni, tapi bila dah 2-3 kali mimpi benda yang sama, dengan orang yang sama, aku jadi musykil. Hoi! Bukan mimpi basah la bodoh! Aku mimpi bertunang. Adoi, mampuih nak pikir. Kalau dengan Jessica Alba tu aku layan gak la, tapi bila aku mimpi camtu dengan orang yang sama, entah la.

Ya, memang betul baru 2-3 hari tak contact. Tapi aku tak rasa itu yang menyebabkan mimpi tu boleh keluar dan itu bukan satu faktor yang mewujudkan dia sebagai heroin dalam drama mimpi aku tu. Memang betul aku ada simpan rasa-rasa sikit (sikit je, xbanyak pun..sikit je..) kat dia, lebih-lebih lagi aku sentiasa rasa dia dekat dengan aku walaupun kadang-kadang aku rasa dia tu macam perlukan aku sebagai tempat mengadu sahaja. Yela, dulu kalau dalam phone, sanggup la dia pegang je telefon tu cakap dengan aku sampai dia bukak pintu rumah, dah masuk dalam rumah baru nak letak. Tapi bila (mungkin, aku taktau) ada orang lain yang boleh dia bercakap, aku ni hanya tempat untuk mengadu bila ada hal sikit-sikit. Who cares?! Aku sentiasa ada dengan dia sebagai kawan, that's what friends do. Biarlah orang akan cakap yang aku ni tempat singgah je ke ape. Mulut korang aku nak tutup camane, aku pun ade mulut jugak.

Berbalik cerita mimpi. Dulu pernah aku solat mintak petunjuk masa aku tengah hadapi satu masalah. Aku mintak diberi petunjuk mana jalan terbaik untuk aku pilih. Tiba-tiba malam tu mimpi, keluar muka dia lagi. Tapi aku tak pernah anggap itu satu petunjuk, bagi aku itu hanya sekadar mimpi. Walaupun selama ni banyak yang aku rasa macam petunjuk tapi aku masih abaikan sebab aku akan anggap kebetulan. Well, mimpi itu memang datang pagi tadi tapi tak mengganggu aku pun. Cuma bagus untuk aku gunakan sebagai coretan dalam blog aku ni. Aku rasa mungkin aku sentiasa ingatkan dia, terasa sedikit rindu, mungkin itu yang menyebabkan aku mimpi dia kot malam tadi. Yela, dulu aku pernah baca tentang teori mimpi yang mana kita akan mimpikan sesuatu atau seseorang yang sentiasa ada dalam minda kita sebab mimpi itu terhad di dalam minda. Mungkin ada benarnya, munkin juga hanya sekadar teori.

~kalau mimpi itu menjadi realiti, mungkin aku akan melonjak tinggi dari KLCC..

Monday, July 12, 2010

Fairy tales always lies!

SHIT! I shouldn't start writing by using this word actually, but I did! Ini untuk menggambarkan betapa kelirunya hidup ini sampaikan aku sendiri pun terperangkap dalam mainan mimpi sendiri. Agak ironik bunyi ayat tersebut tapi realitinya memang dah terbukti dan terjadi depan mata, kepala hotak aku aku sendiri. Hey, jangan pernah menabur janji kalau kata-kata sendiri pun memakan diri. Jangan pernah mengharap budi kalau mengabai dikemudian hari. Kan dah berfalsafah dah aku malam-malam ni. Kekecewaan, kekesalan, kehampaan, keharuan dan kebiruan, mungkin menjadi titik tolak dan tiang penting untuk penulisan aku malam ni. Atas apa yang dah terjadi, atas apa yang berlegar di hadapan mata, atas apa yang dinanti tak kunjung tiba, maka terburailah segala macam isi perut yang mungkin memualkan sesetangah pihak kalau membaca. Bukan marah dengan keadaan, jauh sekali menyesal dengan perbuatan, tapi realitinya setiap kejadian itu memang mengajar aku menjadi semakin dewasa dan mematangkan fikiran.

Aku tak tahu berapa banyak budi dah aku tabur, aku tak pernah kira berapa kali aku berbakti, aku tak pernah mencatat berapa kerap aku membantu. Baik dari segi masa, wang ringgit, nasihat, peneman, pendengar dan bermacam-macam lagi. Sedikit pun aku tak pernah, walau sekecil zarah sekalipun, aku berkira dalam hal-hal itu. Bagi aku, hari ini aku tolong orang, esok Dia akan memudahkan perjalanan hidup aku. Insyallah. Biar berpeluh aku berjalan, biar bertingkat aku mendaki, biar berlipat bil telefon setiap bulan, tapi belum pernah lagi aku berkira walau dengan sesiapa. TAPI ITU AKU! Bila cerita sampai ke telinga umat lain, maka secara standard dan tanpa segan silu sebagai lumrah bangsa Melayu, maka keluarlah cerita tak kenang budi, kejam, dayus, mainkan itu mainkan ini. Ape kejadahnye engkau? Kenapa mesti membangkitkan naluri ingin tahu aku, daripada aku berbuat amal kebajikan, daripada aku ikhlas berbakti, sampaikan aku sendiri mula merasa rimas dan jauh hati. Ya, betul. Aku manusia yang sama seperti kamu, kamu dan kamu. Punya hati, perasaan, naluri mencinta dan ingin dicintai, kekecewaan, kekesalan dan bermacam lagi. Aku tidak mengharap belas ihsan, kasihan dan pujuk rayu orang-orang seperti kamu. Biar sebesar mana aku berkorban, atas nama kawan, aku masih lagi halalkan.

Tapi tolong jangan buat sampai aku terasa seperti dipergunakan. Alat untuk melepaskan marah, mengharapkan simpati, mengadu keadaan diri, dan sebagai ganti bagi yang tidak sudi. Aku punya mata, aku punya hati, aku punya akal, aku punya iman. Apa yang aku hulurkan itu adalah bantuan, tidak nampak dengan mata kasar, tidak telus dengan mata hati. Tidak perlu menabur kata-kata yang mempunyai maksud berjanji andai diri sendiri tidak pasti. Hari ini bersedih, hari esok menangis, hari lusa mula sedar, hari tulat aku dah dilupakan. Itu adalah realiti, bukan fantasi. Fairy tales always lies! Tiada satu pun alam dalam kehidupan ini yang sama dengan kisah Cinderella, Snow White, Rumplestilskin. Itu semua hidup dalam dunia fantasi dongengan mat saleh purbakala. Tiada seorang pun manusia, walau putera raja, yang sanggup mengembara merentasi dunia untuk bertemu sang puteri yang terbujur kaku mengharap ciuman bagi melepaskan sumpahan. Itu semua karut marut! Kalau mereka-mereka itu hidup di alam realiti, hari ini putera berjanji untuk mencari puteri, hari esok putera terkandas di kampung sebelah, terjumpa anak jiran yang lagi lawa dari sang puteri. Sang puteri duduk ternganga, terbujur sampai tinggal debu. Kalau dongengan itu hidup dalam realiti, hari ini puteri menanti putera dari negeri satu, hari esok puteri pacaran dengan laksamana yang telah bersama sejak sekian lama. Itu realiti kehidupan!

Kenapa perlu bercerita tentang fantasi? Apa perlu berkisah tentang dongengan? Itu semua tipu belaka, sedangkan nenek yang sudah nyanyuk pun tahu akan fakta itu. Di dunia realiti ini, semua manusia cuba menipu, ramai yang pandai menipu, banyak yang suka menipu, dan sungguh ramai yang selalu kena tipu. Jangan sesekali percaya dengan sebarang percakapan, andai bukti tidak kelihatan. Jangan suka bergantung kepada janji, andai kata-kata sendiri pun susah nak dituruti. Sekali berkata, kita tetap memberi makna. Sekali berjanji, akan teguh sampai ke hari nanti. Tidak perlu diucapkan sayang andai diri sendiri tidak faham makna sayang, tidak perlu diucapkan kata amarah, andai marah itu berpunca dari diri sendiri. Aku sekarang meletakkan diri aku di tempat yang sangat jauh. Jauh dari kehidupan luar, jauh dari pemikiran dangkal, jauh dari janji-janji si penipu. Aku tidak maksudkan sesiapa pun penipu tapi untuk mengulang kembali kesilapan lalu, minta maaf, aku bukan tempat untuk dituju. Aku mahu hidup dalam realiti, bukan di alam fantasi. Aku mahu diri disayangi, bukan sekadar tempat mengadu nasib diri. Aku mahu selalu dihubungi, bukan hanya ketika terluka hati. Aku mahu realiti, bukan fantasi basi!


~fairy tales ALWAYS lies~

Tuesday, July 6, 2010

I know..


Things started to go shaky these few months. Got caught in problems here and there. Thanked God, aku sentiasa ada orang yang sedia mendengar masalah aku, even when I'm really down. I mean really really down. Tapi tak tahu sama ada dia mendengar masalah itu sebagai satu informasi sahaja, atau memang nak tahu perkembangan and somehow do care about me. To hell all those stupid questions. At least she's there. Yup, its a SHE, the opposite of HE, an obviously different gender than me. Sebenarnya tergerak hati untuk tulis malam ni sebab dah lama tak tulis and I do feel something stupid running all over my head and its not flea! The 'she' that I've mentioned above actually dah beberapa kali muncul dalam posting kat blog ni. She do, sometimes, plays a big part in my life. Bukan apa, aku rasa yang level antara aku dengan dia agak tinggi, so it motivates me to be better each and every second of my life. If I can't be with her in this life, at least I do improve myself on certain things. Betul la kan? It helps me in another way around.

Yes, I do fall for her several times, most of the time I guess. Tapi aku kadang-kadang rasa lebih baik aku diamkan benda ni walaupun aku tahu dia memang dah tahu. Hey, things do happen in my life and I can see it right in front of my bloody eyes, okay. Bukan nak kata she is the one for me but she might be the one for me. Might be which means its still a long way to go. Memang aku kenal dia quite a long time. We've been a part for sometimes, meet back again, know other people, go here and there. That's what life is kan? We don't get stucked in one place and learn nuts. Dulu pernah banyak kali aku berdoa, andaikata dia bukan yang terbaik untuk aku maka jauhkan lah aku dengan dia. But we're getting closer and closer. TAPI!! When things get too close, dia akan hilang and somehow be with some other guy. D'uh! What do I need to do? Well, I don't wait and do nothing, I have to walk on and on again. And bila aku terjebak dengan someone, dia datang balik and somehow makes me feel confuse. Aku kena main? Sorry la, I got a lot of things to take care too. But she's still sitting in the best place in my life. Ye la, takkan aku nak cakap benda merepek pulak kan. I do throw my dice too, I have my own life jugak, just get over it je la. And even when she's with someone last time, she told me that she can't forget about me. WTF?!! I've been here waiting for you all the time before, and you leave the door unlocked for some other guy, and now? Aku tak marah kat dia, no point la friend. She's still a friend in me. Her happiness is my joy, even though she have to be with seseorang yang bukan aku. That's the truth of life kan.

Okay, that was history. Now move on to 2010, the present. I don't really know her current status; single, in a relationship, in a complicated relationship, in a broken relationship, in a relationship that is under construction, etc. Seriously aku tak tahu. And I dare not to ask her sebab I think its better for me to be an observer. Yes, memang aku penakut, bacul, apa lagi korang nak cakap? Biase la, takkan la aku nak tanya 'awak sekarang ni ade bf ke?'. WTF?! Macam nak usha awek skolah. Memang aku tahu sekarang ni kitorang agak rapat, I give her advices, she listen to me, I listen to her problems, I talk to her about my problem, and so on. And aku pun tahu yang dia pun ramai 'kawan' lain, other than me. Kawan-kawan yang can be with her anytime. Well, aku tahu dan aku sedar di mana tempat aku berdiri. I know where I stand, I know where I sit. I'm not really a good guy, I'm just an ordinary person who love someone and hoping that can bring the best to my future. Aku tahu kalau nak dibandingkan dengan kawan dia yang lain tu, aku ni jauh berbeza. I don't have those good promising job, I don't have those fancy cars, I don't have anything. Aku kerja sendiri, baru nak start pun, hopefully boleh la success. I'm already tired of listening to girl-guy problem which proves that guys are stupid lover and girls are easy lover. Seriously I'm not joking! Hmm...mungkin satu hari nanti baru dia nak betul-betul rapat dengan aku kot. We never try this before, we just get along as a friend nothing more than that. Yes, a friend that knows the other one is in love with you. She knows what I'm feeling and I know where I'm standing. Maybe someday...Maybe someday..

~huummm....Feels like I'm a loser..damn!