Saturday, September 25, 2010

Lagenda? Budak Setannnnn!!!!!




Suatu masa dahulu, lebih kurang 9 atau 10 tahun yang lalu
, aku ada pernah terdengar nama Ahadiat Akashah sebagai seorang penulis yang hebat. Benar, aku kagum dengan hasil karya beliau walaupun aku tak pernah beli walau satu pun buku beliau. Aku diperkenalkan kepada Lagenda Budak Setan oleh En. Tawil aka Hafizuddin Mahfot. Aku lepak rumah dia di Batu Pahat barang sehari dua, lalu dia tunjukkan buku itu dalam simpanannya. Seharian aku terperuk dalam bilik membaca. Betul, gaya susunan bahasa, penggunaan perkataan, gambaran persekitaran, luahan perasaan dan sebagainya, boleh aku katakan hebat. Aku rasa macam dibawa ke satu dunia lain tatkala membaca itu semua. Terima kasih, Tawil (currently Dr. Tawil MD).

Kini muncul pula Lagenda Budak Setan yang difilemkan. Dibarisi pelakon-pelakon bermuka kacak, cun melecun yummy-yummy-yum, dan terbaik d
i pasaran. Aku tak tengok pun movie tu. Bukan apa, aku rasa macam bodoh je nak bayar tiket, pastu lepak dalam bilik tu tengok movie, abis ceerita dah balik. Bosannn! Ini bukan sebab aku tak ada pasangan tapi sebab memang aku tak berapa minat pun tengok wayang. Boleh dibilang berapa kali aku tengok wayang dengan membeli tiket. So, back to the topic. Filem ni aku tak tahu la ok ke tak, based on feed back, female viewers akan cakap terbaik, critics pulak cakap its a failure. For me, mane-mane pun aku tak ambik tahu. Farid Kamil (ni yg mambo bangga amik gambar dgn die..kakakakak~), Lisa Surihani (^-^), yg lain-
lain aku tak tahu. Tapi aku rasa gandingan ni memang ok la untuk filem-filem jiwang karat tangkap leleh macam ni. Walaupun aku rasa mamat tu agak ok jugak dalam Remp-it, tapi kalau lu nak jadi mat jiwa-jiwa teruskan je la, lu pun ade muke bai.


Sekarang ni muncul pulak Lagenda Budak Setan : The Series. Dibarisi pelakon lelaki wajib, Farid lagi, dan muka baru lagi kejung Nur Mislina sebagai ayu dari sekolah sampai eksiden, juga Jue Aziz sebagai Ayu lepas eksiden. Taknak kutuk Jue Aziz sebab aku suka dia. HAHA~ Aku bukan suka sangat tengok siri tu (ye sangat!) tapi sebabkan dah terlalu bosan maka aku redah aje tengok, macam aku layan Blogger Boy kat lappy adik aku. So, drama bersiri tu, bukan tak best, ok la jugak walaupun awek tu tak berapa lawa sangat (Jue belum masuk lagi, dah masuk nnt ok la..). Tapi ada satu masalah dalam siri tu yang aku meluat. Ayat skrip die tu terlalu-lalu karat, berkudis dan taman bunga sangat. Mana ada orang bercinta nak pakai ayat, menyulam kasih, mengalun rindu ke apa semua tu. Itu semua tulis dalam surat boleh la. Tapi bukan diguna sebagai bahasa pertuturan seharian. Rasa macam tengok drama Shakespeare. Adakah penulis skrip tu ikut bulat-bulat ayat dalam novel? Rasanya ayat dalam novel tu pun lebih santai.

~LBS SUCKS! Jue Azi hot!

2 comments:

kamaruladli said...

jue aziz is hawt! i want!
oh btw, lisa surihani pronunciation die bagi huruf R adalah sama seperti Maghio. ahaha

eito said...

bhahhahaha~
lu bikin gua terkenang kpd maghio, maarop dan pengakap laa..hahah~

jue? MANTOP!