Monday, September 27, 2010

Siapa salah?

Sekarang ni bila sebut nama india semua ketaq lutut, masing-masing pakat nak cabut sampai ada yang letak otak kut buntut. Kes Dato' Sosilawati menjadi penyebab. Lantaran kejadian tersebut di'mastermind'kan oleh kaum india, melibatkan kaum india, di kawasan kaum india, semua menyalahkan kaum itu. Sepanjang hidup aku, hanya beberapa kali sahaja aku bercampur dengan kaum india. Sumpah aku berani katakan yang aku tidak pernah takut, tidak pernah gentar dengan kaum itu biar sehitam mana pun kulitnya, biar setengik mana bau ketiaknya, biar selebat mana bulu tangannya. Aku mula bercampur dengan kaum india ketika di sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan. Tidak ramai yang aku ingat cuma 2 orang perempuan kelasku, Revathee dan Nalini, dan beberapa lagi pelajar lelaki kelas lain, Vineshwaran, dan yang lain sudah kulupa namanya. Menjejakkan kaki ke sekolah menengah, aku terputus hubungan dengan kaum lain selain kaum Melayu yang selalu dibanggakan ini. Sehingga habis pengajian di universiti, pun aku masih berada di kelompok pelajar Melayu kerana aku masuk belajar di universiti yang khas untuk pelajar bumiputera sahaja.


Tempat pertama yang aku kerja ialah di TGV dan di sinilah aku kembali bercampur dengan pelbagai kaum yang lain. Aku kenal cina, india, malah yang dari Sabah pun ada. Terus terangku katakan bahawa hubungan dan penerimaan kami masing-masing tidak berbelah bahagi. Aku kenal Theva, aku kenal (the late) Vincent, aku kenal makcik cleaner, aku kenal Mohan, dan ramai lagi. Bagi aku semua mereka tak sikit pun menggentarkan aku walaupun Mohan tu kadangkala bila masuk kerja mata merah macam hero filem Tamil aku agak tak selesa. Tapi bagi aku mereka semua ok, tak bagi masalah dan tak bermasalah bagi aku untuk bergaul dengan mereka semua. Kesimpulannya kaum india ni tak pernah pun menakutkan aku biarpun dulu mama selalu takutkan aku dengan kisah keling gila yang potong kepala budak pakai mesin rumput, untuk suruh aku berhenti bermain dan masuk mandi menjelang senja.


Tapi selepas daripada kes kehilangan Dato' Sosilawati (aku takkan cakap pembunuhan selagi laporan DNA atau tulang-temulang belum disahkan), tiba-tiba kaum india mendapat imej yang sangat buruk dikalangan rakyat Malaysia. Memang benar bahawa dalam diam kaum india ni di sifatkan sebagai kaum yang kasar-kasar, kongsi gelap (dah hitam, nak buat camane), bermasalah, dan segala perkara negatif lagi. Dan isu tersebut menebalkan lagi tanggapan tipikal masyarakat Malaysia terhadap kaum india. Daripada mereka dianggap kasar, kini dianggap kejam, daripada hitam menjadi legam, yang tegang menjadi semakin meruncing. Adakah lantaran kes itu, kita perlu menidakkan semua hak-hak kaum india? Adakah kerana kes itu, kita perlu menarik balik kerakyatan seluruh kaum india di sini?



Sejarah telah membuktikan bahawa kewujudan kaum india di bumi Melayu ini ada manfaatnya. Sama juga sepertimana wujudnya kaum-kaum lain seperti cina, serani, jawa, kadazan, bajau, dll. Dan sejarah juga telah membuktikan bahawa kaum india juga ada memberi sumbangan besar terhadap semua kaum di Malaysia termasuk Melayu. Adakah kita menidakkan kewujudan Astro kerana bosnya adalah dari kaum india? Adakah kita perlu merobohkan menara Maxis di tengah kotaraya kerana tuannya adalah kaum india? Adakah kita mahu memulangkan dan meluputkan nama Datuk Dr. M. Jegathesan sebagai pemenang pingat emas acara balapan pada sukan SEAP 1961, 1962 dan 1966 yang membawa bendera Malaysia pada ketika itu? Fikirkan. Jika dek kerana kes itu kita mahu melontarkan pandangan buruk terhadap kaum india, maka kita mungkin terlupa bahawa Melayu juga popular dengan kes Mona Fandey, Rashidi Ismail (Bukit Rokan, Gemencheh), Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar (Altantuya). Kaum cina juga ada
kisahnya dengan Wong Swee Chin (Botak Chin) dan barisan pemberi pinjaman yang mengurung peminjam seperti haiwan. Apakah Melayu dan Cina juga wajar dilabelkan kejam sepertimana kaum india? Apakah perbezaan cerah gelap kulit menjadi kayu ukur untuk baik jahat sesuatu kaum?


Aku bukanlah pejuang kaum india. Jauh sekali aku ada darah keturunan india. Dan aku belum lagi pernah jatuh hati dengan mana-mana gadis india walaupun dari filem Bollywood. Tapi bila memikirkan kembali perjalanan tanggapan kita terhadap kaum india selepas daripada peristiwa tersebut, aku nampak media dan gerombolan politikus mula memainkan isu perkauman. Kenapa diarahkan kepada satu kaum sahaja? Jangan kata Melayu dan cina tak ada kongsi gelap biar secerah mana pun warna kulit mereka. Jangan kata kaum-kaum lain tiada yang sanggup berbunuhan kerana harta dan wang ringgit. Sepatutnya daripada kes ini, penyiasatan menyeluruh dilakukan ke atas jenayah yang dilakukan, tidak mengira kaum dan warna kulit. Jika gengster india dicari, gengster Melayu dan cina dan kaum-kaum lain juga tak boleh dibiarkan. Jika semua orang-orang kaya india mahu disiasat dari mana dan berapa banyak harta, orang-orang kaya kaum lain juga tidak boleh dikecualikan. Jangan kerana kepentingan kaum, kita mendiskriminasi kaum lain. Jangan kerana kepentingan politik, kita mengagungkan kaum sendiri hingga mengapikan kaum lain.

Jadi persoalannya, siapa yang bersalah dalam soal ini? Siapa yang mengapikan soal perkauman? Mengapa timbulnya diskriminasi dan tanggapan serong masyarakat terhadap sesuatu kaum? Apakah kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit semuanya? Dimanakah salahnya dan apakah puncanya? Siapakah sebenarnya yang mengapikan semangat perkauman, dan siapa sebenarnya yang lantang melemparkan hujah tanpa memandang kebelakang? Sama-sama kita fikirkan dan cari jawapan.

~biar apa warna kulit, biar dari mana datang keturunan, darah tetap merah..

.:gambar daripada www.ebaumsworld.com, www.zulkbo.blogspot.com, www.mohdtaufek.blogspot.com. TQ.

4 comments:

Anonymous said...

bila keluar kes ni, mak aku pun terbawa-bawa sentimen perkauman tu. tapi ye lah, orang tua kan. aku diam je la. kite yg org mude ni le kena stat tukar.
btw, rajnikanth rocks! amma!

eito said...

bener, beb..aku rase hampir semua orang yg aku jumpe risau bile keje same dgn diorg..ape ke peliknye la..
SSIIIVAAAAJJIIIII---BOSSSS!

p/s: gua lupe nk mention Mr. Mohan dgn James. James yg pandai cakap 'Lailahaillallah' tuu..huhuh~

Encik Din said...

eh,bukan mohan ke yang siap beristighfar tu?

~aku teringat peristiwa amin dalam tandas~

Dalam kes ni, aku rasa 'pihak tersebut' dah berjaya menaikkan sentimen. Ada sedara aku asal jumpa orang India je start citer kes ni. Pelik betul aku. Tapi kebanyakan orang yang aku tanya, semuanya sensitif sebab perkara ni dilakukan saat hampir nak raya. Betul jugak tu. Tapi kenapa sampai 1 batallion ko nak keji? Cukup jela orang yang melakukan kesalahan tu. Habis kalau orang yang buat salah tu ada bangsa lain, takkan 1 Malaysia (1Malaysia?) nak disalahkan? Pelik betul la aku.

eito said...

mohan ke rajan ek? lupe daa..huhu~