Thursday, September 16, 2010

Kes Sosilawati Lawiya - kemusykilan.

Sebelum raya hari tu negara dihebohkan dengan kehilangan kakak ni. Nama beliau Sosilawati binti Lawiya. Hajah ke tidak tu tak dapat dipastikan. Allahyarhamah atau tidak juga aku tak berani nak mengulas. Yang berdesas-desus di dada akhbar, di medan elektronik, di sel lokap dan lensa media tu semuanya bercerita benda yang sama walhal keputusan sebenar belum diketahui. Sumpah aku tak kenal kakak ni sebelum dia berkrisis dengan rockers pujaan ramai, Nash. Walaupun muka dia boleh dikatakan hampir setiap hari keluar dalam iklan pasal ubat kurus, ubat putih, ubat susut, ubat tegang, ubat kendur, ubat itu dan ubat ini, tapi satu pun aku tak ambik tahu. Tapi bila dia berkrisis tu baru la aku tahu, boleh tahan bini abang nash (mase tu la..).

Latar belakang beliau ni aku taktau sangat walaupun boleh dikatakan setiap artikel kat paper sekarang ni akan ceritakan sedikit sebanyak hal beliau. Cumanya bila kes ni terjadi, nama beliau makin top, anak beliau makin mantop, dan berita metro tiba-tiba jadi ngetop. Apehal? Dari segi mata aku sebagai pemerhati tak bertauliah dan tak berhati perut, aku rasa ada beberapa keganjilan dalam kes ni. Yang pertama ialah bila mayat satu hape pun tak ditemui tapi akhbar dan berita mencanangkan dah arwah beliau dan rakan-rakan beliau tu. Aku sebagai pemegang kata melalui fakta, perlukan sedikit kepastian dalam hal ni. Adakah disebabkan india tu cakap dia dah bunuh, polis pun percaya, pegawai penyiasat pun percaya, akhbar pun percaya, berita pun percaya, menteri pun percaya, 1malaysia pun percaya. Macamana kalau rupa-rupanya mereka-mereka tu diseludup ke Selatan Thai ke ape, bukan kita tahu. Ini baru india tu cakap sikit dah percaya, lepas tu cakap la melayu bodoh senang kena tipu. Padahal tak sedar, depan mata dah kena.

Lagi satu kemusykilan, macamana india tu boleh cepat sangat mengaku? Ya betul, memang dia kena seksa terbaik dari ladang kambing, aku tahu dan aku faham. Tapi macamana boleh cepat sangat? Betul ke mati tu? Betul ke bakar tu? Betul ke campak tu? Betul ke tahi lembu tu? Takkan semudah itu dia mengaku? Sedangkan kes altantuya yang lagi menarik tu, kasi letup pakai c4, itu pun berzaman nak cerita inikan pulak main bakar-bakar. Come on, apa sebenarnya yang berlaku? Memang la ada orang bezakan kes ni dengan altantuya sebabnya kes altantuya tu orang berpangkat besar yang terlibat. Dah tak payah nak suruh aku cover line ayat, dah memang nyata, cuma nak mengaku siapa main dengan minah tu dulu aja. Ceh! Tapi bila kes sosilawati ni, rasanya macam cepat sangat pulak. Siap IGP boleh declare semalam yang kes ni dah sampai ke penghujung. Selamber kodok.

Dan seterusnya, kemusykilan lagi, peguam ni yang kononnya datuk, tapi semalam keluar pulak berita yang datuk tu title beli, boleh mempunyai harta yang diluar jangkaan. Apa rasionalnya? Aku nak tembak sikit badan-badan bodoh yang berkenaan, kenapa muncul cerita datuk beli ni? SPRM tu buat tahi apa? Cuba korang siasat mana benda ni datang, apa pasal ada beli-beli title, siapa jual, siapa beli, siapa orang tengah? Kalau bukan SPRM, mesti ada badan lain yang bertanggungjawab untuk buat siasatan ni, kan? Taknak siasat? Nak tunggu bila? Nak tunggu sampai title Yang Mulia Tuanku, Yang Amat Berhormat, Tan Sri, Tun, Tan, Tong, Keng, Kong, Long, Ling, Seng, semua boleh dijual beli baru nak siasat? Tolong jangan memperbodohkan diri anda semua yang sedia bodoh semasa kecil.

Lagi satu cerita hindustas, dikhabarkan dalam ladang ternakan itu ada sebuah 'club house' yang ala-ala 5 bintang siap ada karaoke lounge. Memang terbaik untuk datuk-datuk, datin-datin, tun-tun, dan tan-tan, untuk membuat maksiat sesuka hati. Dan khabarnya, mangsa-mangsa dipukul dengan kayu kriket, diletak dalam kandang anjing, diseksa-seksa bagai. Tapi cerita ni aku pun tak pasti mana satu betul sebab versi terlalu banyak. Hari pertama dengar kena bakar, hari kedua dengar campak dalam sungai, hari ketiga pukul-pukul, hari keempat pukul dengan kayu kriket, hari kelima campak dalam kandang anjing. Mana satu betul? Ataupun semuanya betul? Aku pun tak tahu, wallahualam.

Hari ni punya berita lagi sedap, penemuan lebih 300 serpihan tulang yang dianggarkan daripada dalam 20 mayat. Mana datang? Selama ni polis buat kerja apa? Ke buat kerja bila ada title datuk yang terlibat, tan sri yang terlibat? 20 mayat? bukan sikit. Kalau main futsal 3 jam tu belum tentu penat la dengan 20 orang. Mungkin polis terlepas pandang, atau mungkin mereka tak pandang langsung kes-kes picisan. Atau mungkin pujian-pujian keatas unit siasatan polis tu terlalu tinggi sampaikan buta dengan kerja. Pujian dicari, tanggungjawab dikaburi. Harap-harap bukan macam tu. Jadi, unit forensik sila la korek-korek tanah tu, cek tulang semua.

Sebenarnya aku tak hairan sangat dengan berita-berita macam ni, bukan apa, negara Malaysia ni dah berpusing-pusing jadi tak perlu pelik la dengan apa yang bakal terjadi di masa depan pulak. Dengan kebodohan tindakan mereka-mereka yang sentiasa flip-flop, potong subsidi tapi bagi bonus, beli kapal selam tak boleh menyelam, enjin kapal terbang sebesar rumah boleh hilang, kereta ketua polis pun boleh kena sapu, yang gedempol tu mengaji tayang-tayang rambut lepas tu tak bagi cina masuk masjid tak pakai tudung. Tak ke pelik negara kita dah sekarang ni? Jadi tak perlu nak pelik la dengan kejadian-kejadian yang macam ni. Aku mintak maaf kepada waris-waris mangsa sekiranya terkasar bahasa. Tapi aku masih tetap dengan pendirian, selagi tak ada bukti kematian, tolong jangan sebarkan yang bukan-bukan.

2 comments:

sdhouse said...

kes 'mayat xde, kejap je bro..sapa2 ble tutup kes,cuba tgk kes liwat..2 2 hidup pun lama gila nak setle..xke pelik?hehe

eito said...

itu la pasal..haru betul..