'haa...abang-abang semua dah, kamu bile lagi?'
'time kasih la sebab datang majlis aku. Ko tu bile?'
'Best tau. Kalau nak tahu apa best, kena la cepat-cepat. Bila lagi?'
Diumur yang menjejak 26 tahun lebih ini, aku seringkali diajukan dengan persoalan-persoalan panas macam tu. Ye lah, kebanyakan orang biasanya menamatkan zaman bujang dalam lingkungan usia 24-27 tahun. 27 tu pun dah ada yang orang cakap
seasoned. Ingat ini daging kambing, lembu ke nak kena
season-season pulak. Alah, ramai je lagi kot kawan-kawan sebaya aku yang masih terkontang-kanting lagi, takde sesak nak mencari-cari pun. So, aku pun rilek je la. Sedangkan yang berkerjaya hebat pun masih rilek-rilek, yang bergaji lebat pun masih lagi gelak-gelak, apetah lagi aku yang
unemployed dan boleh dikategorikan sebagai
odd job worker. Ha-ha. Dah tentulah aku akan lebih rilek daripada diorang kan?
Terdetik aku nak kaitkan entri kali ni dengan perihal jodoh bukanlah sebab segala persoalan yang diajukan kat aku selama ni, tapi daripada kutipan maklumat dan hal-hal semasa sekeliling daripada orang yang aku kenal, tak kenal, kenal tapi buat-buat tak kenal, tak mengaku kenal dan ramai lagi.
Firman Allah S.W.T.
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.' (Yaasin: 36)
Ayat di atas ni sangat jelas menunjukkan bahawa kita sebenarnya takkan tahu siapa jodoh kita sebenarnya di dunia ini. Dan hadis di bawah ni menjelaskan sesuatu yang lebih menarik.
Diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda; kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama 40 hari.sebaik sahaja genap 40 hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. manakala genap pula 40 hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat supaya meniupkan roh dan memerintahkan menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya smada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. maha suci Allah di mana tiada Tuhan selainNya (Sahih Muslim, kitab Takdir, No:4781)
Dalam hadis ini dijelaskan bahawa sebenarnya jodoh kita ni dah tertulis semenjak dari kita lahir lagi. Senang cerita, masa kita-kita ni semua ni tak keluar lagi dari perut mak, sampai la kita ditahap bangang lagi, tak tahu nak bercakap, tak tahu nak berdiri, tak tahu nak duduk, berak pun main keluar je, kencing pun main ikut dan aje, masa tu sebenarnya sudah tertulis mengenai rezeki, kematian, kecelakaan dan kebahagiaan (termasuk jodoh). Dan dari kesedaran inilah aku sebenarnya tak ambil kisah sangat mengenai jodoh aku sebab aku yakin dengan ketentuan.
Beberapa bulan yang lalu aku ada dengar tentang seseorang yang aku tak kenal (siapa ntah, aku tak kenal, aku tak pernah pun kerja dengan dia, tak pernah pun tumpang rumah dia. betul..). Masa dia menikah dulu aku tahu sebab ada yang bercerita, tapi tahu-tahu je 2 bulan dah cerai. Aku dah jadi pelik tapi tak hairan sebab kalau dah
attitude sendiri pun tak betul, memang engkau punya
intuition memang tak boleh pakai pun. Jadi tak perlu nak cakap konon dah rasa jodoh, rasanya inilah ketentuan, bla, bla, bla. BS! Tengok apa yang dah jadi? 2 bulan aje? Mane pegi instinct kau yang konon kuat sangat tu? Engkau tu solat pun tidak, main perempuan je kuat, ade hati nak percaya kat perasaan pemberian Tuhan tu? Lepas tu nak salahkan pasangan pulak. Senang je aku cakap, BODOH! Itu je yang seeloknya.
Perkahwinan tu sebenarnya suatu benda yang suci. Penyatuan dua jiwa, percampuran dua keluarga, mungkin dari latar belakang yang berbeza, dari asal yang berbeza, dari kaum yang berbeza, ini semua merupakan keindahan dalam perkahwinan. Aku sendiri sebenarnya selalu cakap dengan kawan-kawan aku yang kita semua pun takkan tahu siapa jodoh kita. Mungkin kawan, mungkin musuh kita, mungkin kawan musuh kita, mungkin kawan kepada kawan kita, mungkin jiran tetangga, orang sebelah rumah, depan rumah, rakan sekolah, kawan universiti, satu pejabat, anak makcik kedai makan tempat selalu makan tengahari, pak jaga bank sebab pakcik tu pun dah lama menduda lepas tu hari-hari pun jumpa (bagi perempuan..kah kah kah), dan siapa pun. Aku pernah cakap dengan kawan aku masa makan kat kedai di wangsa maju, persoalan yang aku ajukan sangat senang tapi tak berani orang nak menjawab. Soalannye camni:
'Tengok makcik amik order tu. Percaya tak ada kemungkinan 0.1% dia tu ada jodoh dengan aku? Mana tahu kalau tiap-tiap hari aku makan kat sini, dia jatuh cinta, laki dia ceraikan, pastu dia ngorat aku dan ajak kahwin. Boleh jadi tak kemungkinan ni? Ketentuan Allah tu kita tak tahu camana. Amacam?'
Itu dia persoalan aku. Jadi tahukah kita dengan ketentuan jodoh kita sebenarnya? Orang kristian akan cakap,
'God works in a mysterious way'. Ini bukan ajaran, tapi rasanya kebanyakan agama pun, walau tuhannya busut sekalipun, semua tu adalah misteri sebab kita takkan tahu apa ketentuan sebenar. Sebab tu bila aku dengar orang cakap rasa-rasa inilah jodohnya ape semua tu, dalam hati aku akan cakap, 'Ko ni dah fana ni, boleh tahu jodoh sendiri'. Haha.
Di zaman
cyber macam sekarang ni, di mana telefon bimbit dah tak ada butang, di mana telefon bimbit bukan sekadar ada
button tapi ada
keyboard, di mana kita boleh melayari internet di mana sahaja hatta di jamban sekalipun, persoalan ketentuan jodoh tu jadi semakin meluas. Daripada kita kenal dari sekolah, sampai lah yang tak tahu dari mana muncul tiba-tiba
'xxxx add you as a friend', mana nak tahu kan? Dan sebenarnya dari pengalaman aku sendiri, kalau kita dah suka kat seorang tu, tak kisah la orang tu tahu ke tak, kita sebenarnya akan jadi terlebih peka tentang hal kita dan orang tu. Maksudnya camni, kita akan rasa minat dia tu macam sama dengan minat kita, perbuatan dia tu macam yang kita dah boleh jangka, konon macam nampak lah tanda-tanda itu jodoh. Rasa nak tergelak pun ada. Aku pernah rasa macam tu jugak dulu dengan kebanyakan
ex-girlfriends aku. Tapi ape hasilnye? Kan aku cakap, itu semua perasaan sendiri aje tu. Even sekarang ni pun aku ada terasakan sesuatu macam ketentuan jugak tapi aku abaikan sebab aku tahu itu semua karut marut dari hati aku sendiri aje.
Jadi kesimpulannya perihal jodoh ni sangat luas perdebatannya sampaikan aku jadi malas la nak huraikan panjang-panjang. Semakin dihurai, semakin jauh aku melalut, so lebih baik aku simpulkan aje dulu cepat. Persoalan mengenai jodoh tu kita tak perlu tergesa-gesa nak mengejar, jadi bagi aku cerita macam '30 hari mencari cinta', apa tu semua mengarut lah. Nak berkejar buat apa kalau bukan ketentuan. Dan satu lagi, bila dah dapat tu, pandai-pandailah menjaga, janganlah sampai seminggu dua, sebulan dua dah bercerai berai, dah bertalak-malak. Kalau belum ready, jangan paksa diri. Tak guna ikut kata orang lain kalau diri sendiri pun tak mampu nak terima. Dan bagi mengakhiri entri ini, aku sertakan satu doa bagi mereka-mereka yang desperate nak bernikah sangat dengan pesanan, 'Kalau korang baca doa ni sejuta kali pun, kalau tak solat tu tak guna jugak!'.
|
- click to enlarge - |
p/s: bagi peminat aku, nama penuh aku MUHAMMAD HUSNI BIN ABDUL HALIM. Kalau teringin tu sebut lah bila baca doa ni, ok? Bhahahahaa...perasan bajet gile woi! (viewer jantan jangan nak mengada sebut nama aku, aku sepak kang!)